Ahad, 15 Mei 2011

London 15 Mei 2011

Ni dah masuk bulan ke-7 saya menulis dan mengumpul bahan untu menulis disertasi. Rasa penat, jemu dan hilang sabar wujud. Hari-hari dirasakan berlalu begitu perlahan.

Akhirnya bulan Mei menjengah juga. Sampai juga niat hati untu menjenguk kota London yang dikatakan hebat itu. Hati rasa cukup gembira keranan inilah kali pertama menjejakkan kaki ke kota London. Kalau bukan dengan izin Allah tidak juga dapat ke sini. Terima kasih buat keluarga dan adik beradik yang memberi sokongan. Perjalanan ke London ini saya rancang sejak bulan Oktober tahun 2010. Jadi perancangan mengambil masa 7 bulan. Biasalah bagi yang tak pernah pergi macam saya ni kena buat perancangan awal.
  1. Beli tiket KL-London
  2. Penginapan di London
  3. Stensted Airport ke Centre London
  4. Centre London ke Hostel/Penginapan
  5. Hostel ke National Archive of London
  6. Hostel ke Station Bas ke Luton Airport (Kenapa ke sini ya!)
  7. Print siap-siap semua tempat yang nak pergi dan jangan lupa MAP
Ni boarding pass yang saya gunakan.



Dari rumah saya bergerak dengan menaiki bas sahaja sambil menggalas dua buah beg pakaian dan beg komputer. Sampai di airport terus check in dan mengerjakan solat.


Penerbangan akan mengambil masa 14 jam. Inilah kali pertama saya naik kapal terbang yang mengambil masa lebih dari 2 jam. Kalau setakat 2 jam tu biasa saja. Mungkin tiap-tiap tahun kena naik.

Tarikh: 15 Mei 2011
Masa: 15:00


Ni gambar masa berbaris nak penerbangan AA. Majoriti yang naik mat salleh. Orang Malaysia mungkin sekitar 7% sahaja.


Perjalanan 14 jam cukup memenatkan.

15 Mei 2011
Masa: 10 malam

Dah sampai di Stensted Airport, London. Pemeriksaan di airport agak mudah sahaja. Pegawai imigresenpun sangat mesra. Tak banyak soalan yang ditanya.

How long you will be in UK?
Are you a teacher? (Sebab dalam form tu saya tulis teacher)
What subject did you teach? History?
After finish what you want to do?

Inilah airport Stensted. Agak kecil tetapi effiecient.

Disebabkan bas yang saya ambil pada pagi esoknya maka terpaksalah tidur kat airport sahaja. Disebab rasa teruja sukar nak melelapkan mata. Di airport saya hanya minum sahaja. Bersambung ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan