Ahad, 22 Mei 2011

Istanbul 22 Mei 2011


Untuk ke Turki terdapat banyak penerbangan dari London. Disebabkan saya memilih budget airline maka penerbangan adalah daripada airport selain Heathrow. Checking kat airport di UK sangat street. Saya kena sampai buka kasut dan tali pinggang. Bahan cecair tak boleh melebihi 100ml dan mesti guna standard plastik bag yang perlu dibeli kan airport. Masa check in kat kaunter kena tunjukkan Visa bagi memasuki negara Turki. Macam orang Malaysia saya hanya bagi tahu Tak perlu Visa. Pihak kaunter akan panggilkan pegawai mereka untuk sahkan bahawa kita tak perlu visa. Selepas check in di bahagian dalam pulak hanya selepas panggilan penerbangan barulah kita tahu pintu/gate mana yang akan dinaiki sebab pada ticket tak dinyatakan gate. So agak kelam kabut jugak. Bagi saya yang memang sangat ingin ke Turki semua tu saya anggap rutin sahaja.

Syarikat Penerbangan: Easyjet (Macam Airasia juga)
Airport: Luton Airport
Tarikh: 22-24 Mei 2011
Ketibaan: Sabiha Gokcen, Turki
Price: £82.88 (Kalau masuk luggage dalam RM500)
Persediaan: Print map siap2 dari Malaysia lagi semua lokasi yang hendak dituju.
Bahasa Turki:
Mata wang: TL / Turkish Lira
bayan: females
bay: males
cikis: exit
giris: entrance
gulay-gulay: bye bye
cay: teh
camii: masjid (bahasa arab: jamii')
tuvalet: toilet
turbesi: kubur/makam



Tempat duduk adalah free seat. Duduklah di mana-mana yang disukai macam Airasia zaman dulu.

Nilah dia kapal terbang easyjet yang serba orange.


Ni pulak masa bebaris nak masuk


Ni pulak dalam easyjet.



Penerbangan ambil masa 4 jam 30 minit. Boringnya tak dapat nak cerita. Disebabkan tak cukup tidur, saya ambil kesempatan tidur sepuas-puasnya. sempatlah tidur dalam 3 jam.

Ni masa mendarat di Airport Sabiha Gocken.


Perjalanan dari Airport ke Hostel di Old Istanbul

Perjalanan ambil masa 2 jam disebabkan airport ni berada di Asia side, Turkey. Bas atau mini Van boleh ditempah dari airport. Untu return ticket Airport --> Hostel --> Airport, harga dalam Euro 25. Kita kena bagi nama hostel dan tarikh kita balik. Nanti pihak Bus Coach akan ambil kita tepat pada masa yang dijanjikan di Hostel. Tapi kalau nak lebih murah gunakan bas awam kat tepi jalan luar airport. Kos hanya TY1.70 + Feri TY 1.70(RM6.80). Jauh lebih murah.


Old Istanbul

Sampai kat hostel saya tinggalkan extra beg dan bawa backpack. Dalam beg tu pasti ada Kamera. Masalahnya saya lupa beli converter untuk plug sebab Turki punya sama seperti di Eropah Timur. So nak buat macam mana. Hostel yang saya tempah tu Bed & Breakfast (BB). Kos dalam £13 semalam. Terdapat 3 katil double dack untuk 6 orang.

Hostel: Topdeck Hostel
Lokasi: Old Istanbul
Price: £13 semalam
Breakfast: disediakan





Ni pulak gambar kat luar Hostel. Lokasi hostel ni tak jauh dari tepi laut. So sangat strategik terutama sekali masa breakfast.


Destinasi pertama saya sudah semestinya Hegea Sophea.

Hegea Sophea
Keluar saja dari hostel berjalan dalam 10 minit telahpun sampai di bahagian tepi Hegea Sophea.
Ni gambar-gambar yang sempat dirakam di HS.


Istana Sultan Ahmad al-Fatih

Ni pulak gambar sekitar istana sultan Ahmed. Tempat sangat luas dan cantik.



Bosphorus Cruise

Disebabkan Istanbul ni ada 3 laut maka tak hairanlah ia lokasi paling strategik di eropah. Salah satu destinasi pelancong yang sangat menarik. Yang best kat tepi Selat Bosphorus ada Kebab Ikan. Rasa sangat sedap.


xx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan