Rabu, 20 Disember 2017

Jalan-jalan cari Makan di London, Istanbul dan Amsterdam

Sebenarnya di luar negara banyak makanan yang boleh dicuba. Namun disebabkan selerea makan nasih ia membatasi keinginan untuk mencuba. Makanan halal agak mudah didapati di London. Kalau masak sendiri lagi mudah. Ini gambar buah-buahan yang saya cuba di sana.










Ini pula makanan di Turki yang pernah dicuba. Sejujurnya selera makanan orang Turki agak berbeza dengan Malaysia. Nasi merupakan makanan yang dianggap seperti snack di sana. Sila lihat makanan di Turki.








Yang ini di Amsterdam


Jumaat, 15 Disember 2017

Istanbul, Turki Day 6

Tembok Constantinople

Untuk ke tembok Constantinople dari Stesen Sultanahmet naik tram hala ke airport dan stop di sts Topkapi. Dari situ jalan kaki keluar dan anda boleh ke Musium 1451 dan tembok Constantinople. Sila lihat gambar yang diambil.








Jumaat, 8 Disember 2017

Istanbul, Turki Day 5

Tarikh: 8 Dec 2017
Perjalanan: Pegasus Airline Izmir --> Attartuk Airport

Saya memilih Attarturk airport sebab transport dari Attarturk Airport ke Old Istanbul lebih mudah iaitu hanya menggunakan Tram/keretapi. Namun sekiranya anda ingin menelusuri Istanbul cubalah landing di Sabiha Gokcen dan naik public transport ke Istanbul. Cukup menarik dan lebih real.

Sampai di Istanbul terus stop di Beyazit station. Ini kali yang pertama saya mencuba AirBnB di Istanbul. Seperti biasa mencari hotel/apartment di Istanbul sangat mencabar. Ambil masa dalam satu jam juga.

Apartment:

Masjid Sulaimaniye




Ambil wuduk di Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) agak mencabar pada musim sejuk sebab airnya sejuuuk.

Hagea Sophea


bersambung...

Khamis, 7 Disember 2017

Selcuk, Turki Day 4

Tarikh: 7 Disember 2017
Kami tiba di Izmir Airport. Daripada Izmir ke Selcuk boleh naik train ke Selcuk dan kosnya cuma TL5 seorang. Jarak perjalanan dalam 50 minit. Di sini sempat berjumpa pelajar Malaysia yang sedang bermusafir dari bandar ke bandar. Lupa pulak nama kawan ni.
Di Izmir anda boleh ke Ephesus museum yang ternal ini ataupun ke beberapa museum yang terdapat disini. Tak banyak yang nak diceritakan di sini sebab singgah semalam sahaja. Saya pernah ke sini dua kali sebelum ini so InsyaAllah Selcuk bandar yang kecil dan seronok bermalam di sini.



Esoknya saya berangkat ke Istanbul dengan Pegasus Airline.

Rabu, 6 Disember 2017

Diyarbakir, Turki Day 3

Tarikh: 6 Disember 2017
Bandar: Diyarbakir
Perjalanan: bas dari Nevsehir/Cappadocia, 19.30PM

Ini merupakan catatan kami sekeluarga semasa trip ke Turki pada bulan disember 2017. Perjalanan ke Diyarbakir dimulakan dari Cappadocia dengan menaiki bas melalui bas di Otogar Nevsehir. Nevsehir ini kira bandar besar yang berhampiran dengan Cappadocia/Goreme. Kereta yang di sewa drop di Nevsehir. Agak mudah. Stesen bas ini juga terletak agak di luar bandar dan memandu ke sini agak seronok.

Kami naik bas daripada 7.30 malam dan sampai di Diyarbakir pada jam 7.00 pagi. Perjalanan dengan bas akan berhenti di beberapa station. di Diyarbakir kami diturunkan dibas stop dalam bandar dan bukannya di stesen bas yang besar disebabkan lokasi stesen agak jauh dari bandar. Turun saja dari bas ada teksi yang menunggu. Teksinya berwarna kuning macam gambar di bawah. Kos ke hotel di caj sebanyak TL30 tetapi saya bagi lebih sebab saya suka dengan sikap jujur pemandu di sini.
*(Di Istanbul saya tak berani naik teksi disebabkan tiada keperluan dan juga agak banyak cerita tak seronok didengar dengan sikap pemandu teksi di Istanbul. Saya minta maaf sekiranya cerita ini tak betul dan sila abaikan persepsi saya.)

Di Diyarbakir penduduknya agak mesra berbanding Istanbul. Kedai pun agak banyak. Sebenarnya lama juga saya berfikir sama ada nak ke bandar Diyarbakir ataupun tidak sebab beberapa tahun kebelakangan ini bandar ini pernah berlaku letupan bom. Bandar ini majoritinya dihuni oleh orang Kurdish dan kebanyakan mereka boleh bercakap bahasa Arab dengan baik. English? saya guna google translator. Sempat juga bercakap dengan seorang pemuda di sini. InsyaAllah bagi orang Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapore tidak ada masalah dan dilayan dengan baik.

Di bandar ini ada banyak tempat menarik namun disebabkan saya hanya singga 2 hari satu malam maka saya hadkan kepada beberapa tempat sahaja. Kalau anda pernah melihat citywall di Xi'an China maka citywall di sini lebih kurang macam di Xi'an tetapi banyak bahagian yang telah roboh.










Esoknya kami ke Izmir dengan penerbangan Sun Express.

Selasa, 5 Disember 2017

Cappadocia, Turki Day 2

CAPPADOCIA HARI KE-2 dan 3

Tarikh: 4 - 5 Dec 2017
Perjalanan: Dari Istanbul Attarturk Airport dalam jam 18.00 dengan --Turkish Airline-- dan sampai  Kayseri Airport dalam 19.25 PM. Airport Kayseri ni kecil saja. Di sini anda kena tempat transport ke Cappadocia lebih awal secara online atau through hotel. Kalau tidak kos yang kena ditanggung sangat tinggi. Ini link ke syarikat yang saya pakai :::>> Argeus. Di sini mereka akan tunggu anda dipintu keluar airport. Kos seorang dalam TL30. Perjalanan ke Cappadocia mengambil masa dalam 1 jam. Dalam 20.30 telahpun sampai di Cappadocia. Cuaca malam memang sejuk. sekitar 3 Celsius.

Hotel: 33 - Cappadocia Cave Rooms (Booking.com) for 5 persons
Saya stay di hotel ni satu malam sahaja dan saya sangat recommendkan hotel ini disebabkan faktor harga dan service mereka setaraf hotel 4-5 star. Kalau anda lihat gambar yang diletakkan pada Booking atau Agoda maka itulah gambar sebenar hotel ini. Feel an experience sleeping inside the cave. Scary! definately no. It's a modern cave.They got everything. During winter you feel really warm inside the cave. Of course with the  heating fully functional.
Disebabkan masa sampai hari dah tengah malam maka selepas check in tidur ajelah.



Tarikh: 5 Dec 2017
Pada sebelah pagi berjalan sekitar bandar kecil Goreme. Cantik suasana awal pagi. Gambar sekitar Goreme/Hotel.











Typical breakfast in Turkey.

Pelan hari ni ceck out dan terus ke Muzium bawah tanah di Derinkuyu. Untuk ke sana saya sewa kereta dan drive terus ke Derinkuyu dalam 45 minit. Inilah first time experience memandu di sebelah kiri. The first 20 minit memang agak risau tetapi selepas tu OK lah. Disebabkan kadar sewa kereta di Goreme agak murah saya cadangkan anda drive sendiri lebih murah. Walau bagaimanapun sekiranya anda hendak drive sehingga ke kawasan seperti Death Valley di US boleh juga cuma agak mengambil masa sedikir. Saya pernah ke sana sebelum ini dan agak menarik.

Derinkuyu Museum: TL25 seorang
Terdapat 8 tingkat kawasan di bawah tanah (gua) ini. Macam mana mereka buat? Tak terbayang dalam kepala bagaimana susahnya mereka gali gua bawah tanah ni!

Dalam gua ni saya tunjukkan satu gambar saja. Lain-lain gambar boleh dapat kat internet.

Balik dari Derinkuyu kami singgah sekejap ke Goreme dan kemudiannya terus ke bandar Nevsehir untuk naik bas di Nevsehir Otogar. Saya hantar kereta juga di Nevsehir Otogar.

Perjalanan ke Diyarbakir menggunakan bas. Masa perjalanan dalam 12 jam. Cukup jauh. So kena tidur dalam bas.
Bas: Star Batman
Kos: TL80 seorang
Cuaca di stesen bas Nevsehir cukup sejuk. Kemudahan di stesen agak OK. Lengkap. ini kali pertama saya naik bas long distance pada musim sejuk.
OK bye. Jumpa pagi esok di Diyarbakir.