Ahad, 21 Disember 2014

Japan Day 8: Kyoto 2

Awal pagi kami selepas sarapan kami telah sedia ke Kyoto. Destinasi kami hari ini:


Tenryuji temple
Kedai Halal di Kyoto
Arashiyama Togetsukyo Bridge
bamboo groves







Selepas ini kami terus mencari kedai Halal di Kyoto. Berpusing-pusing dalam satu jam akhirnya dapat juga sampai. Makanan yang disediakan adalah masakan Turki. Rasa tak sesedap di Turki cuma setakat Ok saja. Harga makanan dalam JPY 11000 untuk 5 orang. Ikan Mackerel tak sesedap di Turki. Tapi kopi yang disediakan cukup sedap.










Destinasi seterusnya Arasyiama. Akan tetapi masa keluar dari Kyoto hari telah hampir gelap. Kami teruskan solat di Pusat Islam Kyoto yang terletak tak jauh dari Kedai Halal ini.

Sampai saja di Arashiyama Togetsukyo Bridge hari telah gelap malam jadi tak dapatlah nak masuk ke bamboo groves. Kami batalkan namun sempat berjalan sekitar jambatan sekejap sahaja.



Japan Day 7: Kyoto

Awal pagi sekitar jam 9.00 dah keluar. Sebelum ke Kyoto kami berjalan ke terusan yang terletak tidak jauh dari Hostel.

Cukup cantik terusan. Ini kali pertama saya sampai di sini. Disebabkan keadaan agak berangin cuaca jadi cukup sejuk.





Tentu seronok kalau dapat duduk tepi terusan ni sambil makan koci.



Sampai saja di Otsu hari telah gelap tetapi baru jam 5 petang. Kami terus bergerak ke Taiyo Park, Himeji. Jarak dari Otsu city dalam 20KM saja. Disebabkan masa datang hari dah gelap shopping complexpun dah tak ramai orang. Jadi mudahlah nak bergerak dengan cepat dari satu kedai ke kedai lain. Beli sedikit baju dan kasut kat kedai Adidas.

Penginapan: Toyoko-Inn Otsu
Kos 2 malam: include tax JPY 27,378
Parking: Di Otsu City tak pernah lagi tak dapat parking di Hostel.


Khamis, 4 Disember 2014

Japan Day 9: Osaka

Kami bergerak dalam jam 9.00 selepas sarapan. Destinasi hari ni nak ke Arasyiama dan Bamboo groove yang tak sempat sampai malam tadi. Perjalanan ambil masa dalam 35 minit sahaja.

Bamboo groove




Petang

Selepas selesai di Arasyiama kami terus ke Osaka untuk ke USS









Keluar sahaja dari USS hari dah malam. Kami berjalan arah ke Takoyaki Museum bersebelahan dengan USS.


Selesai makan kami terus ke Hostel. Selepas check in kami keluar ke Shinbashi suji-lorong kedai yang sangat famous di Osaka.
















Isnin, 1 Disember 2014

Japan Day 6: Okayama

Okayama City

Checko out daripada Hiroshima kami ke bandar kecil Okayama. Sebelum sampai Okayama kami singgah ke Castle paling cantik di Jepun iaitu Himeji Castle.


  1. Okayama ->Himeji Castle, 68 Honmachi, Himeji, Hyogo Prefecture, [1j40m:  TEL: +81-079-285-11460 )
  2. Desigual Outlet Kobe, Kobe-Sanda Premium Outlet, 7-3. Kouzudai. Kita-ku, Kobe.(Tel:+81 78-595-8330)] 

Himeji Castle






Selepas berjalan sepuas-puasnya di sini barulah kami ke bandar Okayama yang ada terusan yang terkenal di Jepun.

Info:


Hostel: Toyoko Inn Kurashiki-eki Minami-uchi, 2-10-20, Achi Kurashiki-city, Okayama  [ (Tel: +81-(0)86-430-1045) ]
Kos 2 bilik: include tax JPY 13,689
Parking: Disebabkan kereta tinggi dalam 1.64 maka tak dapat parking kat Toyoko-inn. So terpaksalah parking di Public parking di sebelah Hostel tapi tetap dapat diskaun melalui Hostel.
Cuaca di sini agak sejuk dan berangin disebabkan lokasi tak jauh dari laut.

Sabtu, 29 November 2014

Japan Day 4 & 5: Hiroshima

Check out dari hotel terus ke Jambatan Kintaikyo Iwakuni. Dari hotel jarak dalam 15 minit sahaja.
Nak naik jambatan kena bayar sekitar JPY250 seorang (tak ingat).



 Permandangan di sekitar jambatan sungguh cantik. Daun pokok dah luruh menandakan tak lama lagi musim snow akan datang.


Kelar dari Iwakuni terus menghala ke Feri Miajima, Hiroshima. Sampai saja di Feri berpusing-pusing 3 kali cari parking kosong. Nasib baik setelah menunggu ada juga kosong. Disebabkan hari hujan gambar di Miyajima tak cantik sangat. Walaupun hujan tetapi bilangan orang yang datang tetap ramai.
Dipulau ini banyak sungguh rusa yang dipelihara tetapi dilepas bebas berjalan seperti di Nara.




Selepas penat berjalan haripun dah petang kami balik dan destinasi seterusnya check in di Hotel ditengah bandar Hiroshima. Saya ambil ditengah bandar dan lokasinya tak jauh dengan tempat tumpuan pelancong ... ground zero.

Jumaat, 28 November 2014

Japan Day 3: NARA

Pagi


Awal pagi berjalan sekitar kampung lama di sekitar hotel. Jarak perjalanan dekat sahaja.






Selepas check out kami teruskan perjalanan ke Nara. Dalam perjalanan ke Nara singgah ke dua tempat yang agak menarik.

SA



Toki Premium Outlet
Singgah di mana-mana outlet di Jepun sediakan duit banyak-banyak. Kami ke situ sekitar 4 jam. Kalau nak solat pergi kaunter dan tanya kat kaunter tempat untuk solat.



Petang
Akhirnya selepas singgah ke Toki kami meneruskan perjalanan ke Nara. Jarak dalam 2+ jam. Jam 4 hari dah gelap.