Sabtu, 29 November 2014

Japan Day 4 & 5: Hiroshima

Check out dari hotel terus ke Jambatan Kintaikyo Iwakuni. Dari hotel jarak dalam 15 minit sahaja.
Nak naik jambatan kena bayar sekitar JPY250 seorang (tak ingat).



 Permandangan di sekitar jambatan sungguh cantik. Daun pokok dah luruh menandakan tak lama lagi musim snow akan datang.


Kelar dari Iwakuni terus menghala ke Feri Miajima, Hiroshima. Sampai saja di Feri berpusing-pusing 3 kali cari parking kosong. Nasib baik setelah menunggu ada juga kosong. Disebabkan hari hujan gambar di Miyajima tak cantik sangat. Walaupun hujan tetapi bilangan orang yang datang tetap ramai.
Dipulau ini banyak sungguh rusa yang dipelihara tetapi dilepas bebas berjalan seperti di Nara.




Selepas penat berjalan haripun dah petang kami balik dan destinasi seterusnya check in di Hotel ditengah bandar Hiroshima. Saya ambil ditengah bandar dan lokasinya tak jauh dengan tempat tumpuan pelancong ... ground zero.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan