Rabu, 26 November 2014

Japan Day 1: Fujikawaguchiko

Perjalanan dari KL jam 12.40 pagi dan sampai di Nagoya Chubu internasional AirPort dalam jam 8.00 pagi. Hari hujan the whole day. Checking immigration berjalan lancar. Dalam jam 9+ telah pun siap keluar dari immigrations.

Seterusnya mencari kaunter Toyota rental car pun agak mudah di sini. Kaunter rental car berada dibangunan sebelah terminal utama. Manakala parking kereta sewa di bahagian bawah. Proses memahami arahan dan buat pembayaran berjalan dalam 30 minit.

Kereta Sewa: Toyota Corolla Sienta 1.5
Kos: Jp73000
CEP 3 hari: Jp6000


*CEP-CEP card adalah sewa card seperti Touch n Go untuk melalui pintu tol dan kosnya dibayar semasa menghantar kereta. Dengan card CEP kita boleh menggunakan laluan ETC card di semua highway di Jepun. Kebetulan ada tempoh prmotion di tengah Jepun untuk tempoh 3 hari. So kos nya adalah Jp6000. Kalau anda tak sewa card ini bayar guna cash pun boleh.



Kereta Sewa di Jepun

Disebabkan hari hujan, cuaca 13ÂșC kurang terasa sejuk. Selesai buat pembayaran dan belajar cara pakai GPS tepat jam 10am terus drive ke destinasi pertama Tasik Kawaguchiko. Tasik Kawaguchiko ini berada di tengah-tengah perjalanan di antara Nagoya dan Tokyo. Perjalanan ambil masa hampir 4 jam. Inipun disebabkan saya ambil sedikit masa tidur di SA (RnR) disebabkan tak cukup tidur dalam flight.


Kawaguchiko Station inn
Kos : Jp18500 + Jp2500 (breakfast) [± RM620]
Jarak dari AirPort chubu: 4 jam driving.
Komen: bilik bersih dan selesa. Lokasi hotel di depan train sts.

Disebabkan kepenatan dan tidur tak cukup saya terus tidur sesampai di bilik.

Updated from takayama city hotel

Bandar Kawaguchi ni kecil sahaja. Cuaca malam cukup sejuk. Hostel ini memiliki kelengkapan yang mencukupi dan saya berpuas hati menginap di sini.