Selasa, 18 November 2014

JAPAN 2014

Perjalanan kali ketiga bersama keluarga ke Jepun. Banyak cabaran kali ni. Bermula dengan pembatalan tiket disebabkan tugas pada last minute. Terpaksa atur semula itinerary dan tempah semula penginapan.

Tempahan kereta buat tempahan terus ke Toota Car Rental Japan. Agak straight forward dan tak banyak kerenah. Begitu juga tempahan CEP untuk ETC card. Keseluruhannya selepas discount untuk perjalanan 2550KM saya bayar tol sebanyak JPY45,000 (RM1,400*).

Tiket: Booking sejak bulan Julai

Kos: JPY530,000 (RM15,000) untuk bayaran sewa kereta, tol, minyak, hotel, makanan, muzium,  masuk USS dan sedikit shopping.

Penginapan: Untuk save budget saya banyak guna Toyoko-Inn Hostel. Bilik sangat bersih dan lengkap semua keperluan. Hostel ini bagi setiap bilik dibenarkan membawa seorang anak di bawah 12 tahun percuma. Selain Toyoko-Inn di tempat yang tiada cawangan hostel ini saya ambil hostel lain misalnya Kawaguchiko Station Inn. Di tasik Kawaguchi Hostel ini antara yang paling kompetetif dari segi harga dan lokasi tetapi lengkap seperti sebuah Hotel 3 bintang. Di Hiroshima saya juga tinggal di Hotel AZ Yamaguchi Iwakuni, Iwakuni Yamaguchi. Hotel ini agak besar dan lengkap kemudahan. Lokasi terletak di bandar yang agak kecil tetapi selesa.

Parking: Lebih baik pilih kereta berbanding MPV untuk memudahkan parking di Hotel. Lain hotel lainlah ketinggian tempat parkingnya.



Kali ni saya juga booking terus ke Langkawi seepas balik dari Jepun. Tak di rancang. Penat tapi puas berjalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan