Rabu, 6 Disember 2017

Diyarbakir, Turki Day 3

Tarikh: 6 Disember 2017
Bandar: Diyarbakir
Perjalanan: bas dari Nevsehir/Cappadocia, 19.30PM

Ini merupakan catatan kami sekeluarga semasa trip ke Turki pada bulan disember 2017. Perjalanan ke Diyarbakir dimulakan dari Cappadocia dengan menaiki bas melalui bas di Otogar Nevsehir. Nevsehir ini kira bandar besar yang berhampiran dengan Cappadocia/Goreme. Kereta yang di sewa drop di Nevsehir. Agak mudah. Stesen bas ini juga terletak agak di luar bandar dan memandu ke sini agak seronok.

Kami naik bas daripada 7.30 malam dan sampai di Diyarbakir pada jam 7.00 pagi. Perjalanan dengan bas akan berhenti di beberapa station. di Diyarbakir kami diturunkan dibas stop dalam bandar dan bukannya di stesen bas yang besar disebabkan lokasi stesen agak jauh dari bandar. Turun saja dari bas ada teksi yang menunggu. Teksinya berwarna kuning macam gambar di bawah. Kos ke hotel di caj sebanyak TL30 tetapi saya bagi lebih sebab saya suka dengan sikap jujur pemandu di sini.
*(Di Istanbul saya tak berani naik teksi disebabkan tiada keperluan dan juga agak banyak cerita tak seronok didengar dengan sikap pemandu teksi di Istanbul. Saya minta maaf sekiranya cerita ini tak betul dan sila abaikan persepsi saya.)

Di Diyarbakir penduduknya agak mesra berbanding Istanbul. Kedai pun agak banyak. Sebenarnya lama juga saya berfikir sama ada nak ke bandar Diyarbakir ataupun tidak sebab beberapa tahun kebelakangan ini bandar ini pernah berlaku letupan bom. Bandar ini majoritinya dihuni oleh orang Kurdish dan kebanyakan mereka boleh bercakap bahasa Arab dengan baik. English? saya guna google translator. Sempat juga bercakap dengan seorang pemuda di sini. InsyaAllah bagi orang Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapore tidak ada masalah dan dilayan dengan baik.

Di bandar ini ada banyak tempat menarik namun disebabkan saya hanya singga 2 hari satu malam maka saya hadkan kepada beberapa tempat sahaja. Kalau anda pernah melihat citywall di Xi'an China maka citywall di sini lebih kurang macam di Xi'an tetapi banyak bahagian yang telah roboh.










Esoknya kami ke Izmir dengan penerbangan Sun Express.

1 ulasan: