Selasa, 5 Disember 2017

Cappadocia, Turki Day 2

CAPPADOCIA HARI KE-2 dan 3

Tarikh: 4 - 5 Dec 2017
Perjalanan: Dari Istanbul Attarturk Airport dalam jam 18.00 dengan --Turkish Airline-- dan sampai  Kayseri Airport dalam 19.25 PM. Airport Kayseri ni kecil saja. Di sini anda kena tempat transport ke Cappadocia lebih awal secara online atau through hotel. Kalau tidak kos yang kena ditanggung sangat tinggi. Ini link ke syarikat yang saya pakai :::>> Argeus. Di sini mereka akan tunggu anda dipintu keluar airport. Kos seorang dalam TL30. Perjalanan ke Cappadocia mengambil masa dalam 1 jam. Dalam 20.30 telahpun sampai di Cappadocia. Cuaca malam memang sejuk. sekitar 3 Celsius.

Hotel: 33 - Cappadocia Cave Rooms (Booking.com) for 5 persons
Saya stay di hotel ni satu malam sahaja dan saya sangat recommendkan hotel ini disebabkan faktor harga dan service mereka setaraf hotel 4-5 star. Kalau anda lihat gambar yang diletakkan pada Booking atau Agoda maka itulah gambar sebenar hotel ini. Feel an experience sleeping inside the cave. Scary! definately no. It's a modern cave.They got everything. During winter you feel really warm inside the cave. Of course with the  heating fully functional.
Disebabkan masa sampai hari dah tengah malam maka selepas check in tidur ajelah.



Tarikh: 5 Dec 2017
Pada sebelah pagi berjalan sekitar bandar kecil Goreme. Cantik suasana awal pagi. Gambar sekitar Goreme/Hotel.











Typical breakfast in Turkey.

Pelan hari ni ceck out dan terus ke Muzium bawah tanah di Derinkuyu. Untuk ke sana saya sewa kereta dan drive terus ke Derinkuyu dalam 45 minit. Inilah first time experience memandu di sebelah kiri. The first 20 minit memang agak risau tetapi selepas tu OK lah. Disebabkan kadar sewa kereta di Goreme agak murah saya cadangkan anda drive sendiri lebih murah. Walau bagaimanapun sekiranya anda hendak drive sehingga ke kawasan seperti Death Valley di US boleh juga cuma agak mengambil masa sedikir. Saya pernah ke sana sebelum ini dan agak menarik.

Derinkuyu Museum: TL25 seorang
Terdapat 8 tingkat kawasan di bawah tanah (gua) ini. Macam mana mereka buat? Tak terbayang dalam kepala bagaimana susahnya mereka gali gua bawah tanah ni!

Dalam gua ni saya tunjukkan satu gambar saja. Lain-lain gambar boleh dapat kat internet.

Balik dari Derinkuyu kami singgah sekejap ke Goreme dan kemudiannya terus ke bandar Nevsehir untuk naik bas di Nevsehir Otogar. Saya hantar kereta juga di Nevsehir Otogar.

Perjalanan ke Diyarbakir menggunakan bas. Masa perjalanan dalam 12 jam. Cukup jauh. So kena tidur dalam bas.
Bas: Star Batman
Kos: TL80 seorang
Cuaca di stesen bas Nevsehir cukup sejuk. Kemudahan di stesen agak OK. Lengkap. ini kali pertama saya naik bas long distance pada musim sejuk.
OK bye. Jumpa pagi esok di Diyarbakir.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan