Isnin, 3 Julai 2017

Europe Trip

Persediaan


Perancangan untuk ke Europe dibuat sejak bulan November 2016 untuk ke UK, Turki, Perancis dan Netherland. Disebabkan trip europe ni agak lama (2+3 minggu) maka perancangan yang agak teliti dibuat. sepanjang membuat perancangan terdapat sedikit masalah dengan pertukaran penerbangan, tukar airport, tukar hotel dan macam-macam lagi yang menyebabkan kita terpaksa atur semula pengangkutan dan lokasi hotel.

Trip selama 2 minggu bersama adik beradik manakala saya spend extra 3 minggu menjadikan keseluruhannya 5 minggu. kos yang paling tinggi sudah tentu penginapan. Penginapan di UK agak mahal disebabkan perbezaan matawang yang besar.

Tiket mula dibeli sejak bulan februari. manakala yang terakhir ialah train Paris ke Amsterdam.

Tukar Matawang
GBP, Euro dan Lyra. GBP dan Euro tukar di money changer di KL. Lyra kena keluar dari saving account bank. Walau bagaimanapun kad Maybank saya ada masalah??

Tiket Pengangkutan
Ini adalah kos keseluruhan pengangkutan kami untuk seorang. Kalau ada perbezaan dengan org lain tu biasalah sebab harga berbeza mengikut musim dan waktu tempahan.

KL - Abu Dhabi -London menggunakan Qatar Airways: Harga  saya dapat agak murah sekitar RM2560.
Hearthrow Airport - Travelodge Hotel London: Naik tube dalam RM40
London - Gatwick Airport: Naik Easybus dalam RM25
London Gatwick - Istanbul: Harga agak mahal dan saya tak ada pilihan. RM564.
Istanbul Attarturk Airport - Hotel Istanbul : Naik Tram/Komuter share Istanbulkart. Istanbulkart beli di mesin diluar pintu masuk Tram airport.
Hotel Istanbul - Attarturk Airport: Booking Teksi awal pagi jam 3am. harga dalam RM120

Istanbul - Nevsehir Airport: Flight ditukar ke Kayseri. Hargapun agak mahal. RM188
Kayseri Airport - Hotel di Goreme: Jarak dalam 1 jam dari airport. TL30 seorang.
Sewa Kereta 1 hari: RM200
Goreme/Cappadocia-Pammukale: Naik bas bermalam. Harga TL78 seorang.
Pammukale-Selcuk: plan nak naik bas. last minute tukar charter kereta. Euro 120 satu kereta.
Selcuk/Izmir - Sabiha Gokcen Airport, Istanbul:  Harga agak murah menggunakan Pegasus Airline. Harga RM67
Sabiha Gokcen Airport - Feribot Kadikoy: Naik bas awam. Murah tetapi kena bergelut dengan ramai orang. TL8.
Feribot Kadikoy - Hotel di Istanbul: Naik feri dalam TL3 atau sekitar RM4.
Dari Feri Kadikoy ke Hotel: Naik tram dalam RM4
Tram dalam Istanbul: 3TL
Istanbul - Sabiha Gokcen Airport: TL10
Sabiha Gokcen Airport - CDG Paris:
CDG Paris - Gare du Nord, Paris: Euro 14
Metro Paris: Beli mobilis tiket 10 pack. Bayar guna CC. 10x Euro14
Paris - Amsterdam: Naik Thally train. Kos dalam RM171
Amsterdam - London: Naik Easyjet dalam RM177

Jumlah: RM?

Penginapan
Disebabkan saya tinggal sekitar 5 minggu so kos penginapan adalah yang paling mahal.
UK: RM3500
Turki: RM307
Paris: RM270
Amsterdam: RM350

semua lokasi penginapan dicetak dalam kertas dan juga dalam bentuk softcopy dalam handphone.

Museum
Kebanyakan museum berbayar yang kami masuk adalah di Turki iaitu hampir disemua lokasi bandar yang disinggahi ada museum yang menarik.

Makanan
Ini agak subjektif dan kami makan ala kadar sahaja. Kadang-kadang tak ada selera makan sebab penat.

Pakaian
Pakaian nipis musim panas. Kasut pun jenis sport shoes.

Beg Pakaian
Satu beg sahaja untuk bag Packers. Baju dan seluar minimum sahaja.

Gadget
Camera
Handphone
Action Camera
Notebook

Internet
Cuba sewa daripada: https://www.rentnconnect.com/

Free & a little token Tour
UK
Oxford-ada free tour yang ditetapkan ikut masa.

Turki
Istanbul-Sekiranya anda singgah sekitar 6 jam ada free tour yang boleh diikuti. Sila rujuk diweb Attarturk Airport.
Sila ke https://www.couchsurfing.com/ - anda boleh cuba.

1 ulasan: