Selasa, 17 Mei 2011

London 17 Mei 2011

Awal pagi lagi dah bangun. Subuh habis 4.30 am so kena bagun awal. Lepas subuh mata tak nak tidur pasal hari dah cerah. Jom lihat cuaca awal pagi kat tempat penginapan.
Lepas sarapan saya naik bas 391 untuk pergi ke Kew Garden Station. Cuaca pagi cerah tetapi agak sejuk sekitar 13 Celcius.
Sampai Kew Garden Station, jalan kaki dalam 15 minit ke National Archive of London.
Ni perjalanan dari bus stop --> Kew Garden Tube Station --> National Archive.
Jejantas di atas jalan keretapi Kew Garden.
Jalan di hadapan Jejantas

Dan akhirnya pada hujung jalan nampaklah National Archive.
Tak sangka pulak kawasan Arkib dikelilingi oleh taman perumahan. Satu perkara yang saya lihat di sini semua kawasan banyak pokok yang dijaga rapi. Seolah-olah London ni berada dalam Taman.
So inilah hari pertama di NAL. Tercapailah matlamat pergi London semata-mata nak buat rujukan di sini. Cara berjalan orang di sini macam robot, baik lelaki atau perempuan. Semuanya laju-laju.

Selepas mendaftar dalam 15 minit siaplah Reader Ticket.

Semasa buat rujukan bila lapar terdapat kantin disediakan di sini. Sambil minum bolehlah berjalan-jalan di luar NAL.

Selepas penat seharian dari jam 9 hingga 7 malam, balik ke hostel. Perut sangat lapar sebab tak bawa bekal makanan. Beginilah rutin hari-hari.

Bas Stop untuk balik ke Hostel
Pemandangan sepanjang jalan balik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan