Ahad, 22 Mei 2011

London ke Istanbul 22 Mei 2011




Hari ni saya kena check out sebab nak ke Istanbul dengan penerbangan jam 7 pagi esok (22 Mei 2011). Disebabkan menggunakan Luton Airport yang jaraknya 2 jam perjalanan bas maka saya kena tidur kat Airport sekali lagi. Beg yang saya tinggalkan kat Hostel. Nasib baiklah tuan rumah bersetuju. Kalau tak seksa nak mengangkut beg besar.

selesai sahaja book bahan untuk digunakan pada 25 Mei dan membuat reference sedikit di NAL tengah hari tu saya terus bergegas ke Victoria Station. Dengan menggunakan tube station saya sampai terus ke Victoria Station. VC ni pusat seluruh Train dan bas di Kota London.

Nilah gambar di luar Victoria Station


Di sebelah tepi Victoria Station




Di dalam Victoria Station.



Ni pulak kawasan menunggu bas di tepi VC. Semua bas menghala ke Luton Airport hanya park di sini menunggu penumpang.


Sampai di Luton Airport sekitar jam 9 malam. Suhu kat Luton Airport sangat sejuk. Agak-agak mungkin sekitar 5 Celcius. Malam tu tak dapat nak tidur sebab tidak dibenarkan baring sebarang di dalam Airport. Check in jam 4 pagi esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan