Isnin, 16 Mei 2011

London 16 Mei 2011

Disebabkan masa malam sangat pendek maka waktu subuh hanya antara 3 - 4.30 am. Bila nak solat subuh bilik yang disediakan untuk pelancong mengerjakan ibadat hanya buka mulai jam 5am. Bilik tu namanya Chappel. Semua kitab ada kat situ. Tetapi sepanjang saya berada di situ hanya orang Islam sahaja yang saya jumpa keluar masuk bilik tu. Wuduk kena ambil kat tandas. Yang seksanya disebab suhu agak sejuk (bagi saya) maka agak sukar mengambil wuduk dalam tandas.

selepas solat terus sahaja ke bus station yang berada betul-betul dihadapan airport. Suhu kat luar airport 9 Celsius. Sejuk memang sejuk. Saya tercari-cari bas yang saya tempah untu ke central London. Akhirnya berjumpa juga. Ni dia gambar bas tu.

Easybus saya tempah secara online. Harganya kalau tempah awal bolehlah dapat £2. Murah kan. Tapi kalau tak tempah boleh naik National Coach kat situ. Berlambak. Harga return ticket dalam £10. Kalau beli one way mahal. Ni tiket yang saya gunakan. Kena print sendiri sebelum naik bas. Lagi satu disebabkan bas yang saya tempah jam 6am saya cuba tanya kalau boleh pergi lebih awal jam 5.30am. Driver kata no problem. So saya hanya naik berdua dengan seorang lagi pelancong lain.


Station bas depan Stensted Airport


Perjalanan dari Stensted Airport ke Central London ( ) ambil masa 2 jam. Dalam perjalanan boleh lihat ladang sepanjang jalan. Highway kat England ni kiri kanan jalan hutan sahaja, tak macam kat Malaysia banyak bangunan di sepanjang jalan.


Bas ni hanya berhenti sampai ke Baker Street. Dari Baker Street tu boleh naik Tube untu mana-mana station di London. Inilah gambar kat luar Baker Street.


Perkara pertama saya buat lepas sampai ni beli Oyster Card dan Sim Card. Lepas tu cari makanan.

Dari Baker Station saya ke Queensway Sts. Cari makanan Kebab Taza yang famous tu. Sampai situ berjalan sekejap sebab kedai baru buka. Beli Sim Card LYCA kat sebelah kedai Taza. £5 + top up £5. So rasanya cukuplah dengan £10 untuk 2 minggu.

Selesai makan saya check in kat Hostel di Turnham Green. Dari Queensway tu naik tube ke Turnham Green. Nilah dia hostel saya. Lokasi kat West London, Turnham Green. Kalau naik bas boleh turun kat Cheastweek Lane. Sebenarnya rumah yang diubahsuai jadi Private Guest House. Harga semalam £27.50. Rasanya tu yang paling murah yang berhampiran dengan National Archive, Kew Garden. Kalau yang paling dekat dengan Kew Garden boleh dapat sehingga £40 semalam. Di Central London harga paling rendah dari £25 semalam. So agak sederhana murahlah.





Ni gambar dalam bilik.

Lepas hantar beg, saya terus turun semula berjalan sekitar London.

Tempat pertama yang saya nak pergi mestilah Buckingham Palace. Nasib baiklah ada orang Malaysia yang saya jumpa sudi tolong ambil gambar kita.





Yang ni pulak sekitar Buckingham Palace.




Sungai Thames




Eyes of London dan Sungai Thames




Nilah Hip Hop, tapi saya tak naik. Lebih jalan-jalan aje.





Big Ben






Lepas penat berjalan seharian, balik bilik dan terus tidur. Penatnya kaki tak boleh nak cerita bagaimana.

bersambung ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan