Isnin, 23 Mei 2011

Istanbul 23 Mei 2011


Hari kedua - Istanbul

Sarapan pagi:
Menu sarapan pagi di London dan Turki sama saja. Makan bakery plus etc dan minum teh atau kopi. Yang istimewa sarapan pagi ni bukanlah menunya tetapi lokasi tempat sarapan ni di atas bumbung hostel. Dari atas tempat ni saya boleh menyaksikan sebahagian daripada kawasan Old Istanbul. Dalam hatinya mampu menyebut Subhanallah! Terbayang di mata saya bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih menawan kota ini selepas berusaha beberapa tahun. Ya ungkapan yang saya sering ingati - Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” . Ya kekuatan inilah yang membawa kepada kejatuhan Kota Constantinople, Raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

Gambar di atas Topdeck Hostel



Selepas penat berjalan pada hari pertama saya menyambung lagi pada hari kedua. Tempat paling terkenal untuk shopping di Istanbul ialah Grand Bazaar dan Spice Market. Antara kedua ni GB paling famous.

Latar belakang Sejarah GB:

Terdapat lebih 4000 buah kedai kat dalam GB yang menampung 60 buah jalan. Beroperasi sejak tahun 1461. Bangunan terawal GB dibina pada 1455 - 1461 atas arahan Sultan Muhamad al-Fatih (Sultan Mehmed the Conqueror). Proses pembesaran terus dilakukan oleh Sultan Sulaiman (Sultan Suleiman the Magnificent) pada abad ke-16. Proses pembinaan semula dibuat pada tahun 1894 selepas berlakunya gempa bumi.

Tujuan saya ke sini nak cari Leather Jacket. Turki terkenal dengan quality leather yang baik. Jadi saya tak melepaskan peluang untuk membeli satu yang sebenarnya dipesan oleh adik saya. Yang paling tak seronoknya GB ni terlalu besar. Bila dah masuk confirm tak tahu jalan nak keluar. So apa yang saya buat bila dah tersesat. Keluar mana-mana pintu yang ada dan pusing keliling GB hingga sampai main entrance. Nak tahu berapa lama masa berjalan? 30-40 minit nak mengelilingi GB. Disebabkan kawasan keliling berbukit bukau maka kenalah naik turun bukit. Ini yang menyakitkan kaki. Penatnya kaki tak dapat nak cerita!

Grand Bazaar (Kapaliçarşi)




Nilah ole-ole yang saya beli kat GB. Turkish delight dan jacket leather.



Spice Market ataupun The Egyptian Bazaar (Misir Carsisi bahasa Turki)

Destinasi seterusnya Spice Market (CM). Walaupun kaki dah penat tapi semangat untuk menerokai Old Istanbul tetap berkobar-kobar. Bila sesat jalan singgah bertanya dengan orang keliling InsyaAllah akan sampailah ke destinasi.

Latar belakang Spice Market:

SM ini pada asalnya deretan kedai kayu yang dibina pada abad ke-17 hasil ilham arckitek Kazim Aga. Beberapa kali pemulihan telah dilakukan sehingga pada tahun-tahun 1940-an. Pada asalnya SM hanya menjual bahan-bahan rempah ratus tetapi sejak akhir-akhir ini ia turut menyediakan pelbagai bahan jualan. Terdapat 86 buah kedai di sini.




Rupa-rupanya SM ini hanya dibelakang masjid kat tepi Bosphorus. Sebelum meneruskan perjalanan saya singgah untuk solat zohor kat situ. Walaupun keadaan panas 29 Celsius panas tapi suhu agak sejuk. Air wuduk rasa seperti air ais. Sambil duduk ambil wuduk, tanggalkan kasut, stoking. Lepas wuduk pasang balik kasut dan solat berstoking. Semua orang kat situ solat berstoking sebab cuaca yang sejuk. Beza cuaca sejuk dengan cuaca di Malaysia, buka stoking kurang berbau.

Sebelah masjid nilah SM.


Di dalam SM.



Kat sinilah saya beli Turkish Delight. Di sini juga ada dijual kacang Pistachios dan segala macam kacang. Disebelah luar banyak jualan hasil tanaman dari seluruh Turki.


Jambatan di Old Istanbul

Selepas solat dan berjalan dalam SM saya berjalan sambil melihat para pemancing di sepanjang jambatan. Di bawah jambatan banyak lagi kedai yang menyediakan beraneka jualan fakriks dan makanan.


Destinasi seterusnya mencuba Tram di Old Istanbul

Tram dia seperti Komuter kat Malaysia tetapi berkongsi jalan dengan bas dan kereta. Tiket atau coin boleh dibeli dekat mesin yang disediakan. Harga cuma TR1.70 untu mana-mana station.



Ini stesen Tram


Jambatan Berhampiran SM
Lihat map kat situlah jambatan ni.





Blue Mosque

Inilah adalah tempat yang semua pelancong akan pergi sekiranya ke Istanbul. Saya sempat solat Maghrib dan Isya' bersama pelancong dari Malaysia yang lain. Perasaan solat di masjid bersejarah dan penuh cerita ini tak dapat digambarkan. Pada waktu maghrib suhu jatuh kepada 16 Celsius. Cuaca sangat nyaman untuk duduk dan berjalan sekitar Istanbul. Air wuduk sangat sejuk.

Inilah gambar Blue Mosque yang sempat saya ambil













Berjalan lagi

Lupa pulak nak tanya deretan kedai apa namanya. Yang saya ingat tempatnya tak jauh dari tembok Hegea Sophea.



Lepas penat berjalan, solatpun sudah, balik hostel nak tidur. Penat sangat-sangat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan