Selasa, 22 September 2015

Kashmir Srinagar 3 - Gulmarg

Lokasi Gulmarg ini  sekitar 2 jam perjalanan dari Houseboat bergantung kepada situasi jalan raya. Gulmarg ini merupakan destinasi utama pelancong terutamanya yang ingin bermain salji pada musim winter.
Kos naik Gondola: Rp1400 (Phase 1 dan Phase 2). Phase 2 ketinggiannya ialah 14000 kaki. The highest in the world. Tiket boleh dibeli dibandar ataupun melalui pihak houseboat. Walau bagaimana saya cadangkan anda beli distesen gondola untuk mengelakkan gondola ditutup disebabkan cuaca kurang baik. Agak lama proses menuntut semula wang tiket sekiranya gondola ditutup.

Anda kena cuba naik gondola ini sebab sepanjang naik nanti anda akan lihat kampung orang Gypsy yang menjalankan aktiviti penternakan di kawasan tanah tinggi. Orang gypsy akan kembali ke bandar sebelum musim sejuk bermula. Masa kami ke sini sempat melihat sepanjang jalan bagaimana orang gypsy berhijrah mengikut musim.

Kos naik kuda sekitar Rp300-Rp500. Saya nasihatkan anda hanya tawar menawar semasa anda mula jalan kaki dari kawasan parking ke stesen gondola. Sebenarnya jarak stesen ini tak lah jauh sangat.


















Gambar ini ditengah bandar Srinagar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan