Selasa, 22 September 2015

Kashmir Srinagar 4 - Srinagar to Delhi

Pagi ini hujan dan rancangan untuk tour mengelilingi tasik terpaksa dibatalkan. Sedih tak sempat. Hari sebelum itu tak dapat cuba sebab bertolak awal pagi dan balik lewat malam. Walau bagaimanapun di semua tempat dari hari pertama sampai hari ketiga cuaca begitu baik dan dapat cover semua seperti dalam perancangan.

Anyway aktiviti berjual beli mula dilakukan apabila banyak bot-bot kecil peniaga membawa barang jualan daripada Pashmina, barangan kulit dan macam-macam. Sure lah ini aktiviti orang perempuan.


Jam 10.30 pagi kami mula check out dan bertolak ke airport. Untuk makluman semua proses checking ke airport sangat leceh. Ada 3 atau 4 kali barang di scan. Mungkin disebabkan kawasan ini kawasan bergolak dan airport dalam kawasan tentera. Bukan itu sahaja bilangan penumpang yang masuk ke airport mesti tercatat pada tiket untuk masuk ke kawasan airport.

Selesai proses scanning anda kena declare semula semua orang dalam group anda yang pulang ke Delhi. Sangat memenatkan proses ini.

nanti saya upload gambar barang jualan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan