Jumaat, 18 September 2015

India - Delhi Pengenalan

Persediaan

Tiket

Booking tiket sejak bulan Disember 2014. Return ticket MAS untuk KL-Delhi sekitar RM1284. Arrival di terminal 3 Gandhi International airport. Perjalanan dalam 5 jam.

Ticket for Delhi-Srinagar menggunakan Indigo Air return dalam RM340 kalau beli awal. Beli lewat mencecah sampai RM470. Indigo Air ni macam Airasia jugak. Cuma baggage dia bagi free 15Kg. Pelepasan Indigo Air di Terminal 1D. Lebih kurang macam LCCT yang lama. Perjalanan ambil masa 1 jam.

Visa

Visa (setakat saya apply) kalau buat kat KL kos dalam +- RM170 tapi saya buat kat agen di Kuching jadi kena dalam RM306. Visa yang diberi multiple entry.

Tarikh
18 - 26 September 2015
Di Kashmir suhu sekitar 14 - 27 Celsius. Sesuai untuk berjalan. Walaupun panas terik dan kering tetapi nyaman.
Di Delhi suhu sangat panas sekitar 38 Celsius.

Matawang
Indian Rupee tukaran sekitar RP100 = 0.67 sen.



Perjalanan bersama group 14 orang. Dikedua-dua tempat ambil ground tour. Di Kashmir kos sekitar RM700 manakala di Delhi sekitar RM1400 seorang. Kos ini hanya untuk Hotel, transportation dan all entrance fees, makan tengah hari dan dinner. Shopping tak masuk.


Sampai di Delhi dalam jam 11 malam. Malam tu juga kami tak plan nak tidur di hotel. Nak tidur di hotel tak banyak kerusi disediakan dan memang tak selesa. Disebabkan badan rasa tak selesa ditambah belum solat dll maka bincang punya bincang kita sepakat ambil Hotel yang berdekatan.
2 + 1 orang satu bilik dalam RP2550
teksi Terminal 3 --> Hotel --> Terminal 1D  : one way rp550

kedudukan hotel tak terlalu jauh tetapi memang tak boleh jalan kaki. Jalan pada waktu malam agak jam. Sesampai di hotel terus mandi, solat dll. Awal pagi esok ready ke airport untu next flight.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan