Ahad, 20 September 2015

Kashmir: Srinagar 2 - Sonamarg

Jarak dari Houseboat sekitar 3 jam.
Perjalanan seperti biasa jalan agak jam di sesetengah tempat.

Kawasan ini ditutup pada bulan Disember hingga awal Mei disebabkan timbunan salji hingga 3 meter. Kalau nak ke sini kenalah pergi bulan jun hingga November.
Tempat ini memiliki pemandangan yang sangat cantik. Lebih-lebih lagi sekiranya anda berjalan sampai ke kaki glasier.
 























Untuk sampai ke sini anda boleh menunggang kuda ataupun naik berjalan kaki. Serius, sekiranya anda tak cukup stamina jadilah macam aku berhenti dekat 20 kali semata-mata nak sampai dekat kaki glasier.


 Pemandangan dari atas bukit/glasier.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan