Sabtu, 19 September 2015

Kashmir: Srinagar 1 - Pahalgm

Bangun agak awal untuk ke airport. Flight jam 8.45am. Awal pagi tu hujan agak lebat. Sampai saja di airport ramai potter berebut-rebut tarik beg untu tolong tolak beg terus ke kaunter. Pening kepala tengok cara mereka yang begitu memaksa. Nak buat macam mana kena bayar tips.

Untuk masuk ke dalam terminal hanya penumpang yang ada tiket saja yang dibenarkan masuk. Sila print siap-siap tiket anda sebelum masuk ke terminal. Urusan di kaunter Indigo Air agak mudah. Cuma one of our friend beli tiket guna CC husband dia tetapi tak ikut bersama. Then jenuh lah nak contact suami dia sebab sekiranya anda membeli ticket guna CC, salinan CC mesti ditunjukkan bersama semasa check in. selepas 3o minit akhirnya dapat contact suami beliau di Malaysia untuk hantar salinan CC ke handphone pekerja Indigo Air yang sudi membantu. Untu pengetahuan semua bukan mudah untuk mendapatkan sim card di India dan roaming juga hampir tidak berfungsi. Akhirnya guna Wifi hotel sahaja.

Terminal 1d ni macam terminal bas. Cuma bas disediakan dari gate ke tangga kapal terbang. Sampai kat kapal terbang, apa lagi sebelum terbang saya dah tidur.

Dalam 1 jam 15 minit flight telahpun sampai di Srinagar (Kashmir).
Semua penumpang yang sampai di Srinagar wajib merekodkan kehadiran. Borang kertas seperti border declaration pass. Masa nak balikpun kena isi lagi borang yang sama. Pelik, tetapi untuk keperluan keselamatan.

Sampai di Kashmir sekitar jam 10 pagi. Perjalanan hari ialah ke Pahalgm. Jarak perjalanan dalam 4 jam. Keadaan agak panas dan berdebu.

Sewa mini Bas/Van 14 seater: Rp3,300 1 hari/8-10 jam (tak pasti)
Kalau sewa Toyota Inova 7 seater: Rp2,500
Kalau datang ramai-ramai dapat save kos pengangkutan. Otherwise naik bas awam yang ada dibandar. Bas awam rasanya saya tak sanggup dengan destinasi yang jauh.

Penginapan-Kami pilih houseboat. Di Srinagar ada 2 tasik yang banyak houseboat. Kami pilih Lily of Nageen . Harga berpatutan. Kalau stay kat sini saya cadangkan anda cuba beriyani yang dibuat oleh houseboat ini. Sedap dan rasa sangat berbeza dengan beriyani lain.





ladang Apple




Ladang Safron






Pemandangan sepanjang perjalanan berhampiran Pahalgm



Akhirnya sampai dipintu masuk Pahalgm.





Destinasi utama di Pahalgm ini sebenarnya 40 minit naik kuda di atas bukit. Kami dapat seekor rp1000.






Scene sepanjang jalan ke puncak memang mengkagumkan. Pemandangan yang original dan bukannya buatan manusia. Kadang-kadang jalan yang diambil kuda begitu mengerikan. Anyway this is the best experience riding the horse.

Tempat nilah filem Bobby Bollywood. Tempat ini sangat cantik. Cuaca tak terlalu sejuk dan selesa untuk berjalan.



Singgah di sebelah ladang Safron. Banyak barang dijual di sini misalnya minyak wangi safron, rempah safron, teh safron, kekacang etc.


Balik dari Pahalgam kami singgah makan di kedai berhampiran. Seterusnya balik ke boat dan tidur dalam kepenatan.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan