Isnin, 19 November 2012

Japan day 1: 17 Nov 2012

Penerbangan: KL-Tokyo Haneda
Masa : 2:45pm

Ogos 2012

Sebenarnya percutian ke Jepun tak pernah di rancang dan Jepun bukanlah masuk dalam destinasi impian untuk saya pergi. Entah macam mana last minute joint adik dan family dia ke Jepun. Since dia dah biasa ke Jepun so agak lebih mudah untuk saya ikut sahaja. Tak perlu buat research banyak-banyak seperti ke destiansi lain. Saya hanya perlu bersiap sedia memohon VISA untuk ke Jepun dan membuat International driving License yang valid untuk setahun.

Walau bagaimanapun  sejak awal lagi saya fikir nak memendekkan daripada 11 hari kepada 5 hari saja untuk jimatkan kos. Selepas selesai bincang antara 11 atau 5 akhirnya saya kekalkan pada saat-saat akhir 11 hari.

Persediaan Ke Jepun

Apply Visa di kedutaan Jepun di KL, JB, Penang atau KK selewat-lewatnya 2 minggu sebelum waktu bertolak. Antara dokumen, surat menyurat dan borang yang perlu disediakan seperti:
  • Passport (at least 6 month dari tarikh lawatan).
  • Download borang ke Jepun.
  • Download borang itinerary
  • Gambar terbaru berukuran 4.5 x 4.5 cm, latar belakang putih.
  • Salinan tempahan tiket flight.
  • Salinan buku bank (ada yang kata jumlah dalam buku akaun sekurang-kurang RM7k not sure.
  • semua borang peraturan boleh semak di Japan Embassy

  • Surat pengesahan jawatan/surat majikan.
  • Surat menyatakan pembiayaan adalah sepenuhnya ditanggung sendiri.
  • Salinan sijil kahwin (kalau berkaitan)

5 Jam Sebelum Penerbangan

Dari AU3 Saya naik monorail ke KL Sentral. Saya fikir penerbangan jam 6pm rupa-rupanya jam 2:45pm. nasib baik datang awal ke airport. Selepas check in sempat jugak makan tengah hari di LCCT.

2 am: Check-in.
2.45pm: Flight ready for boarding.
10.45pm (waktu Jepun): Dah sampai di Haneda Airport. Hujan renyai-renyai di Haneda.
11:15pm : Selesai urusan imigressen dan naik bas ke Haneda Toyoko inn.
11:45pm: Check in Hotel dan tidur.


Hotel:    Toyoko Inn Tokyo Haneda Kuko No.2
   ADDRESS: 144-0043 1-1-7, Haneda Ota-ku
   TEL : 03-5735-1045
   FAX : 03-5735-1120
   MAP : http://toyoko-inn.com/e_hotel/00068/map.html

Update from Japan.

Keseluruhan perjalanan yang akan dilalui adalah sekitar 1400KM melalui highways, jalan bandar dan jalan kampung.
Gambar di bawah dalah gambar di depan Toyoko Inn, Haneda, Tokyo.
Bawah adalah kereta Toyota Corolla yang kita sewa sepanjang perjalanan di Jepun. Kos selama 7 hari sekitar RM1850 (tak termasuk minyak dan Tol).
Minyak sekitar RM600, Tol anggaran dalam RM1000.




PARKING KERETA, GPS


Perkara lain yang perlu diambil kira masa mencari sewa kereta selain daripada $ HARGA ialah tempat parking dan GPS yang user friendly. Kalau kereta Toyota saya recommended alat GPS. Mudah dan sangat efisyen.

Kebanyakan tempat parking di hotel adalah di bawah ketinggian 1.6M, so sangat sesuai kalau menggunakan kereta berbanding MPV. Ada juga hotel yang menyediakan parking untuk ketinggian sehingga 2 Meter tetapi hanya yang ini saja saya jumpa.




MAKAN


Very subjective. Untuk jimat kos belilah makanan dalam tin dari Malaysia plus Maggi Curry. Kalau ada portable rice cooker lagi baik, boleh memasak kalau jumpa ikan Salmon. Sebenarnya nasi kosong banyak dijual hampir disemua 711, Family Mart di Jepun. Harga dalam JPY105 hingga JPY300 bergantung dengan berat 105gram-300gram. Semua hotel ada menyediakan Microwave. So senang nak memanaskan makanan. Cuma bahasa yang tulis kat Microwave hanya yang biasa tengok Doraemon dan Sin Chan aje yang faham. :)




BERUS GIGI, SIKAT, SYAMPU DAN TOWEL


Semua Hotel yang duduki ada menyediakan kemudahan asas ini dan tak perlu bawa dari Malaysia. Mungkin rasanya sudah menjadi kewajipan di semua Hotel menyediakan barangan tersebut.

Anda juga berminat membaca tentang: Percutian ke Istanbul 2011
Anda juga berminat membaca tentang: Percutian ke Istanbul 2011

10 ulasan:

  1. 1. Baca detail kat web site ini (https://rent.toyota.co.jp/eng/) atau beberapa website car rental lain.
    2. Anda kena call direct ke rental car ini dan dia akan proses dengan cepat. Confirmation booking anda akan dihantar balik melalui fax (Lebih baik anda ada kawan yang boleh terima FAX).
    3. Untuk memudahkan bayaran tol saya cadangkan anda sewa bersama dengan ETC card. ETC card seperti touch n Go. Penggunaan ETC memerlukan anda bayar guna Credit Card sewa kereta. Masa mengembalikan kereta anda boleh bayar balik kos tol menggunakan cash. Kalau ada apa-apa saya boleh guide sila tanya saja.

    BalasPadam
  2. Saya berminat nak sewa mpv toyota di Airport narita terminal 2. Kalau walk in, senang tak nak dapat kereta. Rate sama ke dgn published rate dlm website ke?. Sbb booking boleh buat melalui call atau online (japanese language only)

    BalasPadam
  3. Lebih baik booking dan saya tak berani walk in. Masa booking kamu boleh request English GPS dan ETC card. Sesetengah tempat walaupun booking awal satu bulan still sesetengah kereta tak dapat. Kalau tak dapat daripada Toyota boleh cuba company lain yang juga provide banyak jenis transport car or mpv.

    BalasPadam
  4. Tuan booking dari Malaysia atau dari jepun olen kawan tuan?

    BalasPadam
  5. Saya booking dari Malaysia.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Macamana tuan melakukan pembayaran booking kereta sewa. Menghantar fax dari Malaysia?

    BalasPadam
  8. Semasa booking dia hanya tanya sama ada sama ada kita ada CC tetapi dia tak mintapun no CC. Maknanya booking tanpa memberi detail no CC. Pembayaran hanya dibuat semasa kita ambil kereta di airport. ETC card dibayar semasa pemulangan kereta dibuat. Kalau nak pakai ETC bayaran kereta kena pakai CC.

    BalasPadam
  9. Salam saudara..saya nak minta bantuan tuan.saya nak ke japun bulan mei ini.n nak sewa kereta..tp saya 0 pemahaman tentang sewa kereta disana.. minta bantuan saudara lau boleh bantu saya dari segi infomasi. boleh saya wassup saudara.? kalau saudara boleh membantu, minta hubungi saya di wassup di nombor 0126944800 (zaki) or email (mzaki@bernama.com) ..saya sangat sangat perlukan bantuan.. terima kasih saudara..moga dapat membantu..TQ

    BalasPadam