Isnin, 19 November 2012

Japan day 6: 22 Nov 2012

Nagoya city
Jarak Otsu City - Kyoto - Nagoya : 160KM

OTSU CITY
Pagi selepas breakfast sempat berjalan sekejap sekitar Hotel sambil menunggu masa check out Hotel.




KYOTO CITY

Sebelum ke Nagoya city kami ke Kyoto sambil menikmati keindahan bandar Kyoto.
Memandu dalam bandar Kyoto agak mencabar berbanding bandar kecil yang lain. Sebelum ke Kinkakuji Temple risau jugak tak dapat tempat untuk park kereta. Akan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna. Bayaran parking dalam JPY450.

Kinkakuji Temple (Pavillion Castle). Lokasi tempat ni betul-betul ditengah bandar Kyoto. Tak sangka dalam kesibukan bandar Kyoto mereka masih memelihara satu kawasan yang begitu luas untuk riadah.

Suasana begitu cantik dan indah musim autmn.






Inilah dia Kinkakuji Temple. 










NIJO CASTLE, KYOTO





 Selepas penat berjalan seharian masa tiba di hotel harus minum kopi panas. Sedapnya payah nak cerita dalam suhu di bawah 100C.


Perjalanan ke Nagoya city mengambil masa sekitar 3 jam. Bergerak dari Kyoto sekitar jam 3.30pm / 4.00pm. Terperangkap dalam jam di Kyoto dan Otsu city  menyebabkan sedikit terlewat. Sampai dalam jam 7 sebab jalan agak jam.
Kena bayar 2 tol, JPY3000 Dan JPY850.
Update dari Nagoya City 21:46.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan