Isnin, 19 November 2012

Japan day 2: 18 Nov 2012

Check out hotel Toyoko inn.
Dari: Toyoko-Inn Haneda, Tokyo.
Destination: Kanazawa City
Jarak Dari Tokyo almost 510KM (6 Jam)
Tol: JPY7000 (lebih kurang)
Masa: 10:15AM
Perjalanan dengan cara driving menggunakan kereta Toyota Corolla yang disewa.

Perjalanan Dari Tokyo merentas kawasan pergunungan di tengah Jepun memberikan kami pengalaman merasai cuaca daripada 13C hingga 0 C di pergunungan Jepun. Perjalanan turut melalui berbelas-belas terowong yang menyambung antara beberapa pergunungan di tengah Jepun.


Berhenti rehat di Family Mart. Makan ditempat parking kereta di tepi jalan .


Ditepi terowong perjalanan ke Kanazawa.



Berhenti rehat untuk solat.


Dalam cuaca sejuk sentiasa rasa nak terkencing sahaja.

BERHENTI REHAT DAN SOLAT
Tempat: Fuketsu No Sato
Suhu: 4C

Jangan sangka cuaca panas ini harinyapun begitu. Inilah kali pertama saya ambil wudu' dalam suhu 4C dan solat kat tempat parking kereta.






Semakin tinggi naik ke kawasan pergunungan tompok-tompok salji makin jelas di tepi jalan dan gunung. Bila keada makin sejuk alat pemanas dalam kereta perlu dihidupkan.




Kawasan Pergunungan Gambar salji di pergunungan. Nasib baik saya bawa baju sejuk, sarung tangan dan selendang. Kalau tidak mahunya mengingigil sepanjang perjalanan.

Sambil rehat tunggu family adik lalu kita gerak perlahan-lahan menuruni gunung. Jarak dari sini ke Hotel dalam 180KM atau 3 jam.

Sampai di Hotel agak lewat. Sebenarnya baru jam 6pm tetapi rupa dah macam jam 9 malam di Malaysia. Check in Hotel dan rehat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan