Selasa, 24 Mei 2011

Istanbul 24 Mei 2011

Hari ketiga dan terakhir:

Ini adalah hari ke-3 dan penerbangan hari ni dalam jam 12:50 tgh. Sejak malam tadi handphone dan notebook dan kehabisan bateri. Jam pulak saya tak bawa. So macam mana nak bangun tidur sebab Bas sampai sekitar jam 8.00-8:30am. Aduh macam mana ni. Akhirnya terfikir juga setting jam pada kamera. Lepas di configure then yes jam pada kamera function. So malam tu saya tidur selang 2 jam bangun dan buka jam pada kamera, takut terlepas bas. Alhamdulillah saya terjaga sekitar jam 6.30am. Nasib baik. Kawan dari New Zealand kat katil sebelahpun kena naik bas pagi ni. Lepas mandi saya bersiap-siap awal dan ambil sedikit gambar kat bumbung atas.

8.00 am

Sebelum jam 8.00 lagi bas dah sampai sedangkan janji antara 8.00-8.30am. So naik bas awal sambil singgah beberapa hotel lagi ambil penumpang lain. Lebih kurang beginilah rupa bas atau mini van tu.


Sampai saja kat airport terus cari makanan sebab tak sempat breakfast.
So singgahlah kat popeye. Macam nama kartun Popeye.



Duduk sambil menunggu kapal terbang untuk ke London.





Airport Turkey: Sabiha Gocken
Airport London: Gatwick Airport
Masa: 4 jam 30 minit

Objektif di Turki untuk melawat Hegea Sophea, Blue Mosque, Istana Topkapi, shopping kat Grand Bazaar dan Spice Market telahpun tercapai. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan saya.

Kat kaunter imigresen mereka ketawa tengok nama kita yang panjang.
Sedih nak tinggalkan Istanbul. Bilalah nak sampai lagi!! Lagi satu baju sweather yang saya pakai tertinggal kat airport masa pertukaran gate. Selain tu alas bantal juga tertinggal kat Hostel Topdeck. Anyway saya puas hati dengan pengalaman 3 hari dua malam.

Tips: Kalau nak menerokai Turki dengan lebih detail anda kena spend sekitar 10 hari. Kalau di Istanbul rasanya 2-3 hari dah cukup. Manakala tempat-tempat lain jarak perjalanan antara 6-8 jam ke tempat seperti Bursa, cappadocia, etc. Wang Lyra anda boleh cari money changer kat Grand Bazaar atau sepanjang laluan Tram memang banyak. So buat tukaran daripada US, Euro kepada Lyra.

Isnin, 23 Mei 2011

Istanbul 23 Mei 2011


Hari kedua - Istanbul

Sarapan pagi:
Menu sarapan pagi di London dan Turki sama saja. Makan bakery plus etc dan minum teh atau kopi. Yang istimewa sarapan pagi ni bukanlah menunya tetapi lokasi tempat sarapan ni di atas bumbung hostel. Dari atas tempat ni saya boleh menyaksikan sebahagian daripada kawasan Old Istanbul. Dalam hatinya mampu menyebut Subhanallah! Terbayang di mata saya bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih menawan kota ini selepas berusaha beberapa tahun. Ya ungkapan yang saya sering ingati - Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” . Ya kekuatan inilah yang membawa kepada kejatuhan Kota Constantinople, Raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

Gambar di atas Topdeck Hostel



Selepas penat berjalan pada hari pertama saya menyambung lagi pada hari kedua. Tempat paling terkenal untuk shopping di Istanbul ialah Grand Bazaar dan Spice Market. Antara kedua ni GB paling famous.

Latar belakang Sejarah GB:

Terdapat lebih 4000 buah kedai kat dalam GB yang menampung 60 buah jalan. Beroperasi sejak tahun 1461. Bangunan terawal GB dibina pada 1455 - 1461 atas arahan Sultan Muhamad al-Fatih (Sultan Mehmed the Conqueror). Proses pembesaran terus dilakukan oleh Sultan Sulaiman (Sultan Suleiman the Magnificent) pada abad ke-16. Proses pembinaan semula dibuat pada tahun 1894 selepas berlakunya gempa bumi.

Tujuan saya ke sini nak cari Leather Jacket. Turki terkenal dengan quality leather yang baik. Jadi saya tak melepaskan peluang untuk membeli satu yang sebenarnya dipesan oleh adik saya. Yang paling tak seronoknya GB ni terlalu besar. Bila dah masuk confirm tak tahu jalan nak keluar. So apa yang saya buat bila dah tersesat. Keluar mana-mana pintu yang ada dan pusing keliling GB hingga sampai main entrance. Nak tahu berapa lama masa berjalan? 30-40 minit nak mengelilingi GB. Disebabkan kawasan keliling berbukit bukau maka kenalah naik turun bukit. Ini yang menyakitkan kaki. Penatnya kaki tak dapat nak cerita!

Grand Bazaar (Kapaliçarşi)




Nilah ole-ole yang saya beli kat GB. Turkish delight dan jacket leather.



Spice Market ataupun The Egyptian Bazaar (Misir Carsisi bahasa Turki)

Destinasi seterusnya Spice Market (CM). Walaupun kaki dah penat tapi semangat untuk menerokai Old Istanbul tetap berkobar-kobar. Bila sesat jalan singgah bertanya dengan orang keliling InsyaAllah akan sampailah ke destinasi.

Latar belakang Spice Market:

SM ini pada asalnya deretan kedai kayu yang dibina pada abad ke-17 hasil ilham arckitek Kazim Aga. Beberapa kali pemulihan telah dilakukan sehingga pada tahun-tahun 1940-an. Pada asalnya SM hanya menjual bahan-bahan rempah ratus tetapi sejak akhir-akhir ini ia turut menyediakan pelbagai bahan jualan. Terdapat 86 buah kedai di sini.




Rupa-rupanya SM ini hanya dibelakang masjid kat tepi Bosphorus. Sebelum meneruskan perjalanan saya singgah untuk solat zohor kat situ. Walaupun keadaan panas 29 Celsius panas tapi suhu agak sejuk. Air wuduk rasa seperti air ais. Sambil duduk ambil wuduk, tanggalkan kasut, stoking. Lepas wuduk pasang balik kasut dan solat berstoking. Semua orang kat situ solat berstoking sebab cuaca yang sejuk. Beza cuaca sejuk dengan cuaca di Malaysia, buka stoking kurang berbau.

Sebelah masjid nilah SM.


Di dalam SM.



Kat sinilah saya beli Turkish Delight. Di sini juga ada dijual kacang Pistachios dan segala macam kacang. Disebelah luar banyak jualan hasil tanaman dari seluruh Turki.


Jambatan di Old Istanbul

Selepas solat dan berjalan dalam SM saya berjalan sambil melihat para pemancing di sepanjang jambatan. Di bawah jambatan banyak lagi kedai yang menyediakan beraneka jualan fakriks dan makanan.


Destinasi seterusnya mencuba Tram di Old Istanbul

Tram dia seperti Komuter kat Malaysia tetapi berkongsi jalan dengan bas dan kereta. Tiket atau coin boleh dibeli dekat mesin yang disediakan. Harga cuma TR1.70 untu mana-mana station.



Ini stesen Tram


Jambatan Berhampiran SM
Lihat map kat situlah jambatan ni.





Blue Mosque

Inilah adalah tempat yang semua pelancong akan pergi sekiranya ke Istanbul. Saya sempat solat Maghrib dan Isya' bersama pelancong dari Malaysia yang lain. Perasaan solat di masjid bersejarah dan penuh cerita ini tak dapat digambarkan. Pada waktu maghrib suhu jatuh kepada 16 Celsius. Cuaca sangat nyaman untuk duduk dan berjalan sekitar Istanbul. Air wuduk sangat sejuk.

Inilah gambar Blue Mosque yang sempat saya ambil













Berjalan lagi

Lupa pulak nak tanya deretan kedai apa namanya. Yang saya ingat tempatnya tak jauh dari tembok Hegea Sophea.



Lepas penat berjalan, solatpun sudah, balik hostel nak tidur. Penat sangat-sangat.




Ahad, 22 Mei 2011

Istanbul 22 Mei 2011


Untuk ke Turki terdapat banyak penerbangan dari London. Disebabkan saya memilih budget airline maka penerbangan adalah daripada airport selain Heathrow. Checking kat airport di UK sangat street. Saya kena sampai buka kasut dan tali pinggang. Bahan cecair tak boleh melebihi 100ml dan mesti guna standard plastik bag yang perlu dibeli kan airport. Masa check in kat kaunter kena tunjukkan Visa bagi memasuki negara Turki. Macam orang Malaysia saya hanya bagi tahu Tak perlu Visa. Pihak kaunter akan panggilkan pegawai mereka untuk sahkan bahawa kita tak perlu visa. Selepas check in di bahagian dalam pulak hanya selepas panggilan penerbangan barulah kita tahu pintu/gate mana yang akan dinaiki sebab pada ticket tak dinyatakan gate. So agak kelam kabut jugak. Bagi saya yang memang sangat ingin ke Turki semua tu saya anggap rutin sahaja.

Syarikat Penerbangan: Easyjet (Macam Airasia juga)
Airport: Luton Airport
Tarikh: 22-24 Mei 2011
Ketibaan: Sabiha Gokcen, Turki
Price: £82.88 (Kalau masuk luggage dalam RM500)
Persediaan: Print map siap2 dari Malaysia lagi semua lokasi yang hendak dituju.
Bahasa Turki:
Mata wang: TL / Turkish Lira
bayan: females
bay: males
cikis: exit
giris: entrance
gulay-gulay: bye bye
cay: teh
camii: masjid (bahasa arab: jamii')
tuvalet: toilet
turbesi: kubur/makam



Tempat duduk adalah free seat. Duduklah di mana-mana yang disukai macam Airasia zaman dulu.

Nilah dia kapal terbang easyjet yang serba orange.


Ni pulak masa bebaris nak masuk


Ni pulak dalam easyjet.



Penerbangan ambil masa 4 jam 30 minit. Boringnya tak dapat nak cerita. Disebabkan tak cukup tidur, saya ambil kesempatan tidur sepuas-puasnya. sempatlah tidur dalam 3 jam.

Ni masa mendarat di Airport Sabiha Gocken.


Perjalanan dari Airport ke Hostel di Old Istanbul

Perjalanan ambil masa 2 jam disebabkan airport ni berada di Asia side, Turkey. Bas atau mini Van boleh ditempah dari airport. Untu return ticket Airport --> Hostel --> Airport, harga dalam Euro 25. Kita kena bagi nama hostel dan tarikh kita balik. Nanti pihak Bus Coach akan ambil kita tepat pada masa yang dijanjikan di Hostel. Tapi kalau nak lebih murah gunakan bas awam kat tepi jalan luar airport. Kos hanya TY1.70 + Feri TY 1.70(RM6.80). Jauh lebih murah.


Old Istanbul

Sampai kat hostel saya tinggalkan extra beg dan bawa backpack. Dalam beg tu pasti ada Kamera. Masalahnya saya lupa beli converter untuk plug sebab Turki punya sama seperti di Eropah Timur. So nak buat macam mana. Hostel yang saya tempah tu Bed & Breakfast (BB). Kos dalam £13 semalam. Terdapat 3 katil double dack untuk 6 orang.

Hostel: Topdeck Hostel
Lokasi: Old Istanbul
Price: £13 semalam
Breakfast: disediakan





Ni pulak gambar kat luar Hostel. Lokasi hostel ni tak jauh dari tepi laut. So sangat strategik terutama sekali masa breakfast.


Destinasi pertama saya sudah semestinya Hegea Sophea.

Hegea Sophea
Keluar saja dari hostel berjalan dalam 10 minit telahpun sampai di bahagian tepi Hegea Sophea.
Ni gambar-gambar yang sempat dirakam di HS.


Istana Sultan Ahmad al-Fatih

Ni pulak gambar sekitar istana sultan Ahmed. Tempat sangat luas dan cantik.



Bosphorus Cruise

Disebabkan Istanbul ni ada 3 laut maka tak hairanlah ia lokasi paling strategik di eropah. Salah satu destinasi pelancong yang sangat menarik. Yang best kat tepi Selat Bosphorus ada Kebab Ikan. Rasa sangat sedap.


xx