Selasa, 4 Jun 2013

Turki day 4 2013: Pamukkale

Tarikh: 5 Jun 2013
Hotel : Dot Mevsim, berhampiran dengan Cotton Castle.

Bagaimana hendak ke sini: Di Denizli Otogar (bus station) saya ambil Doltmuz ke Pamukkale. Tiket dalam TL2.50 seorang. Jarak perjalanan dalam 30 minit. Bagi tahu driver turunkan di Hotel.

Dari Istanbul naik bas Kamilkoc. Kos dalam TL60 seorang. Naik jam 11 malam dan sampai sekitar jam 8 pagi di Denizli Otogar. Di Istanbul sekiranya anda membeli tiket di mana-mana syarikat tanya dahulu sekiranya ada bas akan membawa anda ke Terminal Bas syarikat tersebut. Biasanya bas mini disediakan untuk membawa penumpang dari beberapa pejabat sekitar Istanbul ke Terminal Bas tersebut. Saya membeli tiket dan berjanji akan menunggu di situ. Akan tetapi disebabkan berlaku rusuhan di Taksim saya naik di Kadikoy iaitu bandar perhentian Feri boat daripada Eminonu ke Kadikoy (sebelah jambatan). Di Kadikoy ada pejabat Kamilkoc. Jadi saya tunggu di situ sahaja.

Tiket Kamilkoc. Minuman ringan dan biskut disediakan sepanjang perjalanan.

Komen: Owner sangat friendly dan banyak membantu. Kalau ke Pamukkale saya suggest menginap di sini. Hanya di Hotel ini saya makan malam sebab nak ke tempat lain agak jauh. Makan malam di sini sangat sedap. well recommended.

Doltmuz di Denizli Otogar

Kantin di Denizli Otogar


Ini sarapan pagi yang disediakan. Di Turki inilah set sarapan standard bagi masyarakat Turki.



Hotel Dot Mevsim.

Bilik yang bersih dan berpatutan.


Set makan malam. SAC kebab. SAC entahlah sayapun tak tau tapi sedap.



Pintu Masuk South Gate. Sebelum naik sila beli air mineral kat bawah atau masa kat Denizli Station. Kat atas satu tin Cola harga dalam TL6 atau RM11. Jangan lupa kaca mata hitam.


Tiket masuk TLxx seorang.




Traventine





Sesungguhnya dalam kecantikan dan keunikan ini ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Sungguh cantik ciptaan mu Ya Allah.











Hierapolis
Terdapat hanya sedikit fakta sejarah yang diketahui tentang asal-usul bandar ini. Malah kesan kehadiran Hittites (puak yang berasal daripada kawasan Anatolia) dan Parsi tidak ditemui di sini. Phrgian membina kuil kemungkinan pada awal abad ke-3 SM. Kuil ini, pada asalnya digunakan oleh warga bandar berdekatan Laodikia, yang kemudiannya membentuk pusat bandar Hierapolis. Hierapolis dibina sebagai spa haba pada awal abad ke-2 SM dalam jajahan Empayar Seleucid. Antiochus pernah menghantar 2,000 orang Yahudi ke Lydia dan Phrygia. Mereka ditatangkan dari Babylon dan Mesopotamia. Malah pada satu masa jumlah orang Yahudi pernah mencapai setinggi  50,000 orang dalam tahun 62 SM.

Hierapolis menjadi pusat pemulihan apabila doktor menggunakan mata kolam air panas sebagai rawatan untuk pesakit mereka. Bandar mula menempa syiling gangsa pada abad ke-2 SM. Masih tidak jelas sama ada nama ini disebut kuil asal (ἱερόν, hieron) atau penghormatan Hiera, isteri Telephus, anak Heracles dan Mysian puteri Auge, pengasas sepatutnya dinasti Attalid Pergamon itu. [Nama diperlukan] Nama ini akhirnya berubah ke Hierapolis ("kota suci"). [Dipetik daripada Wikipedia]














Theater-Mengadap bandar Pamukkale. View sungguh cantik. Cuma agak kecil berbanding yang ada di Ephesus. Walau bagaimanapun di Ephesus view hadapan kurang cantik berbanding yang ini.



Firman Allah Taala: “Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian daripada kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab al-Quran yang menjadi) peringatan.” (Surah Taha, ayat 99)








Lawatan ke sini akan memberikan anda seribu keinsapan. Di mana orang yang dahulunya angkuh dengan kemewahan dunia? Dimana orang dahulunya mengaku dirinya kuat dan berkuasa? Sesungguhnya Engkau lagi Maha Berkuasa Ya Allah.

(Update dari Hotel Dot Mevsim, Pamukkale, Turki. 5 Jun 2013, 5.45am)

2 ulasan:

  1. Salam..agak2 ok x naik overnight bas dgn bby 1 thn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya OK saja sebab sistem bas di Turki lebih baik berbanding Malaysia. Driver pandupun lebih berhemah.

      Padam