Khamis, 6 Jun 2013

Turki day 6: Istanbul Day 4

Awal pagi dah bangun sedia untuk ke Izmir. Apa nak dibuat di Izmir?
Kami naik Pegasus Airline ke Istanbul. Airport terletak di Izmir atau Adenan Manderes Airport. Dari Selcuk kami naik train yang seperti Komuter untuk ke ADM Airport. Kos hanya TL4.50 seorang. Kalau tak silap pagi ada dalam 6.45AM, 7.15AM. Kami naik yang 7.15AM.

Train akan stop di beberapa station sebelum terus sampai ke airport. Station train hanya bersebelahan airport jadi agak mudah sekiranya naik train berbanding naik bas yang kosnya lebih mahal. Flight jam 11.30 pagi.

Tiket train

Stesen Train Selcuk

  Dalam Train
 

Dalam Pegasus Airline. Mula terbang saja aku terus tidur sampai kapal terbang mendarat di Istanbul.




Sampai di Sabiha Gokcen Airport, Istanbul jam 1pm. Terus nak Havatas bas ke Kadikoy. Cuaca cukup panas.


Dari Kadikoy naik Feri ke Eminonu. Tambang hanya TL3 seorang. Inilah dia tempat feribot singgah. Berdepan dengan Feribot nilah stesen Eminonu. Dari Eminonu naik Tram ke Sultanahmed station untuk check in Hotel.


Selepas check-in Hotel terus berjalan sekitar Spice Bazaar. Kalau nak beli kacang cari saja sebelah luar Spice Bazaar. Harga memang lebih murah berbanding di bahagian dalam. Kat sini bolehlah beli buah tangan untuk bawa balik. Anda semua jenis kacang, keju, Turkish Delight dll. Tapi kalau nak cari Sapron beli kat dalam Bazaar.



Lepas penat jalan-jalan cari tempat makan. Harga OK sekitar TL9-11 sepinggan. Nak tambah nasi TL2. Ikan Mackerel di sini sangap sedap. Saya cadangkan anda mencuba.
Lokasinya sebelah stesen Gulhane.







Kalau nak mencuba balik ikmek dengan roti boleh saja ditepi jambatan.



(Update Dari Castle Hotel, Istanbul, 8 jun 2013, 7:50AM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan