Rabu, 29 Mei 2013

London Day 1

... sambungan daripada day 3 2013, istanbul.

Mendarat di Luton Airport jam 3.15. Proses imigresen selesai dalam 30 minit. Selepas solat terus naik bas jam 4. Sampai London dalam jam 5.15. Hari hujan dan agak sejuk. Saya hanya bawa baju nipis. Sejuk sampai mulut berasap. Suhu sekitar 11 Celsius.

Di depan Luton Airport menunggu bas ke Baker St.

inilah bas yang dinaiki, easybus.


Dari Baker street terus ke Bays water dan mudah saja sampai ke Royal Bays water. Selepas itu terus keluar ke piccadily circus dan balik 9 pm. Di situ hanya nak beli baju sejuk kat White Lily.

Sebelum naik underground saya cadangkan anda pakai Oyster Card. Reloadkan saja di mesin di station dan anda boleh naik semua tube. Bagi zon 1-4 maximum bagi satu hari ialah GBP8.

Di Bayswater saya beli Lyca Mobile sim card dan singgah di Taza. Kedai Taza ni sediakan kebab halal. Rasa sangat sedap.






Bilik Hotel yang cramp.



(Catatan Dari PRO London, 11:15am)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan