Isnin, 19 November 2012

Japan day 9: 25 Nov 2012

Tokyo

Pagi ni hantar kereta sewa. Lepas selesai barulah explore Tokyo dengan train dan bas.Pagi ni kita ke Akihabara. Tempat ni merupakan pusat barangan elektronik terbesar di Jepun.



Japan day 8: 24 Nov 2012

Numazu City ke Tokyo

Dalam perjalanan ke Tokyo singgah ke dua tempat:

1). Gotemba
2). Tokendai ropeways

Gotemba




Tokendai


Masa sampai kawasan parking semua penuh. Nak bertanya dengan petugas di situ saya ni tak pandai bahasa Jepun. Lastly dapat jugaklah park kereta. Bayaran JPY500.

Masa nak beli tiket sahu hal pulak. Tiket ada 3 jenis (rasanya ikut point yang kita pergi). Harga tiket dalam JPY1200 seorang.




Masa kat atas gunung tu suhu sangat sejuk.  Nak turun cepat-cepat manusia yang Q pulak panjang. Tengah berbaris hujan gerimis mula turun. Menyesal tak beli payung.

Dalam perjalanan turun bukit nak masuk highways ke Tokyo jalan dah jam berjam-jam. Jarak perjalanan dalam 120KM.

Sampai Yokohama 75KM dari Tokyo jalan jam lagi teruk.

Akhirnya sampai Tokyo sekitar 9 malam. Check in Hotel dan rehat.

Anda juga berminat membaca tentang: Percutian ke bandung Jun 2012

Japan day 7: 23 Nov 2012

Numazu city

Sebelumcheck out sempat berjalan ke terminal bas Dan train di Nagoya.






Leaps tu Terus ke musim Toyota di Toyota city.








Kemudian Terus drive ke numazu city.

Japan day 6: 22 Nov 2012

Nagoya city
Jarak Otsu City - Kyoto - Nagoya : 160KM

OTSU CITY
Pagi selepas breakfast sempat berjalan sekejap sekitar Hotel sambil menunggu masa check out Hotel.




KYOTO CITY

Sebelum ke Nagoya city kami ke Kyoto sambil menikmati keindahan bandar Kyoto.
Memandu dalam bandar Kyoto agak mencabar berbanding bandar kecil yang lain. Sebelum ke Kinkakuji Temple risau jugak tak dapat tempat untuk park kereta. Akan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna. Bayaran parking dalam JPY450.

Kinkakuji Temple (Pavillion Castle). Lokasi tempat ni betul-betul ditengah bandar Kyoto. Tak sangka dalam kesibukan bandar Kyoto mereka masih memelihara satu kawasan yang begitu luas untuk riadah.

Suasana begitu cantik dan indah musim autmn.






Inilah dia Kinkakuji Temple. 










NIJO CASTLE, KYOTO





 Selepas penat berjalan seharian masa tiba di hotel harus minum kopi panas. Sedapnya payah nak cerita dalam suhu di bawah 100C.


Perjalanan ke Nagoya city mengambil masa sekitar 3 jam. Bergerak dari Kyoto sekitar jam 3.30pm / 4.00pm. Terperangkap dalam jam di Kyoto dan Otsu city  menyebabkan sedikit terlewat. Sampai dalam jam 7 sebab jalan agak jam.
Kena bayar 2 tol, JPY3000 Dan JPY850.
Update dari Nagoya City 21:46.