Rabu, 25 Mac 2015

Xi'an China

Kali ni nak tulis tentang pengalaman kali pertama ke China khususnya Xi'an. Perjalanan kali ini dirancang beberapa bulan sebelum pergi tetapi last minute ada beberapa perubahan dibuat kepada penginapan.

Persediaan
Penginapan: Saya book 3 malam untuk perjalanan ini. Book Hotel guna Booking.com.
Wang: Duit tukar dekat Jalan TAR. Agak rendah sedikit berbanding tukar di airport. Hanya sekali guna Mesin ATM sebab duit cash dah habis. Kalau nak keluarkan wang tunai anda kena activatekan di mesin ATM Plus. Gambar dia cam nilah.

 Hari tu saya keluarkan CNY500 = RM309.49
Beza tak banyak.

Day 1

Flight dari KL jam 6:15PM. So sampai Xi'an dalam jam 11:15PM. Proses imigration tak lama dan sangat mudah. Disebabkan hari dah tengah malam saya tak merancang untuk terus ke bandar. Booking dibuat Hotel berhampiran airport.

Hotel: 168 Express Hotel Xi'an Xianyang International Airport
Masa book hotel saya fikir hotel berada di bangunan terminal. Rupa-rupanya ia berada dalam deretan kawasan perumahan berhampiran airport. Perjalanan ambil masa tak sampai 10 minit. Nasib baiklah owner Hotel yang ambilkan di airport (walaupun tak request). Kalau malam-malam tu nak berjalan kaki memang tak sampai.


Walaupun owner tak boleh bercakap English tetapi dikaunter hanya guna google translate, proses check in berjalan lancar. Bilik sederhana. Sesuai dengan harga. Air panas pun ada. Masa check in owner akan bertanya selepas check out pagi esok sama ada hendak ke Terminal Bus (Terminal 2) ataupun dipanggil Teksi. Dia ambil teksi dari airport ke pusat bandar Xi'an hanya CNY80. Cukup murah dan berbaloi.


Cuaca masa tiba sekitar 8 Celsius. Jangan lupa bawa baju sejuk kecuali anda datang bulan Mei-September.


Gambar Hotel awal pagi




Day 2

Pagi ni ambil teksi dari Xi'an Airport Hotel terus ke Hantang Inn di bandar Xi'an. Mulanya rancang nak naik bas dari airport ke Xi'an railway tapi masalah dengan beg. Takkan nak bawa beg sekali ke Terracota Museum. Kalau 3 orang kos teksi dah sama dengan tiket bas (CNY25). So baik ambil bas.

Hostel: Hantang Inn, Xi'an
Kos Teksi: CNY80
Condition Hotel: Bersih dan acceptable



Kali pertama tengok teksi bawa dalam bandar agak menakutkan. Kalau nak corner tak beri signal, main redah saja. Bunyi hon jangan cakaplah. Cara bawa teksi macam bawa moto gayanya. Dari airport 22KM tu jalan highway. Manakala baki jalan bandar. Jalan agak baik seperti di Malaysia. Beberapa tempat di pusat bandar seperti gaya di Ho Chi Minh.

Perjalanan ambil masa 50 minit. Pemandu menghantar kami ke Hantang House yang kedudukannya lebih kurang 40M jarak kedua-dua Hotel. Berdepan Hotel ini ada kedai makanan Halal. Jadi agak mudah nak dapatkan makanan Halal di Xi'an. Masa check inn saya bayar deposit CNY100 dan tinggalkan luggage. Sambil tu I try to get more information from Hotel counter how to get into railway station.

Kaunter turut membekalkan kami peta yang tertulis nombor bas untuk ke railway sts. Tambang bas hanya CNY1 untuk ke sts bas. Perjalanan ambil masa sekitar 15 minit untuk ke railway. Stesen keretapi Xian berada disebelah City Wall dan menempatkan keretapi, underground, Teksi dan bas. Dekat stesen ini bermacam-macam permandangan manusia boleh dilihat.

Terracota







Masjid Besar Xi'an






Muslim Quarter




Day 3

Bell Tower




City Wall














Day 4 (Last Day)

Xi'an Botanical Garden
Untuk ke sini kena naik bas No. 26 dari lorong west Bell Tower. Tambang hanya CNY1 sahaja.






 Bau bunga Lavender really fresh.

 Daun sedang berputik.







Ada feel Nami Island. Tau Nami Island? Winter Sonata!


 Sakura di gurun sahara :)







Makanan di Xi'an

Makanan halal mudah diperolehi terutamanya di Muslim Quarter.





6 ulasan:

  1. Salam. Boleh tau tuan pegi bulan brp xian hr tu. Sy pergi 16 mac ni. Xian botanical garden tu tak masuk dlm iti. Tp klu cantik berbunga memang kena masuk iti lah.

    BalasPadam
  2. Salam. Boleh tau tuan pegi bulan brp xian hr tu. Sy pergi 16 mac ni. Xian botanical garden tu tak masuk dlm iti. Tp klu cantik berbunga memang kena masuk iti lah.

    BalasPadam
  3. 25 Mac tahun lepas. Masa yang paling sesuai ke garden tu ialah awal bulan april. Masa pergi hari tu bunga baru menguntum dan ada yang baru berputik.

    BalasPadam
  4. Kat mana ye nak tunggu bas dari Bell Tower untuk ke Botanical Garden tu...dan last stop ke Botanical garden tu..? takut tersilap turun bus nanti :)..Tq

    BalasPadam
  5. Saya minta pekerja kaunter tuliskan nama taman dalam mandarin dan berdekatan tempat bas saya tanya polis sama ada di situ tempat menunggu. Tempat menunggu bas itu tak jauh dengan Bell Tower. Kalau anda berdepan dengan Gong besar Bell Tower tu dia di simpang sebelah kanan. Tempat perhentian 1 atau 2 bas stop terakhir. Hari tu saya maklumkan dengan driver bas dan kebetulan ada penumpang lain yang juga stop di situ. Masa balik nanti bas akan tunggu di luar taman itu.

    BalasPadam
  6. Maksudnya sebelah Kai Yuan Mall kan..? Tempat menunggu bus tu

    BalasPadam