Jumaat, 10 Jun 2011

Bandung 10 Jun 2011


Hari ketiga:

Destinasi Hari Tengkuban Perahu.
Info: Sepanjang sejarah Tangkuban Perahu pernah meledak sebanyak 30 kali sepanjang 40, 750 tahun. Kali terakhir meletus pada tahun 1959. Gunung Tangkuban Perahu terletak sekitar 30 km di utara Kota Bandung. Lokasinya di daerah Lembang, sekitar 30 minit dari Bandung. Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2,084 meter. Gunung ini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Jawa Barat. Kawasan persekitarannya yang sejuk, dan sumber mata air panas di kaki-kaki gunungnya. Deretan kawah yang memanjang, menjadi daya tarik tersendiri.Tangkuban Perahu sebenarnya adalah gunung berapi. Dinamakan tangkuban perahu karena bentuknya yang menyerupai kapal yang terbalik.



Ladang Strawberi
Ini adalah rumah penginapan bersebelahan dengan ladang strawberi.



Kampung Daun

Kalau balik dari Tangkuban Perahu kena singgah kampung daun. Tempat ini adalah restoran yang agak unik. Jom kita lihat apa ada kat dalamnya.



Makanannya, lihat sendiri

Khamis, 9 Jun 2011

Bandung 9 Jun 2011

Hari Kedua: Taman Safari, Bogor

Pagi ni kami pergi ke Kedai langsir buat tempahan.





Perjalanan Ke Bogor

Taman Safari





Dalam perjalanan pulang singgah ke msjid ini untuk solat. Cuaca di sini agak sejuk. Di sekitar kawasan masjid banyak gerai souvenir dan makanan.







Komen:
Perjalanan ke sini sangat jauh ambil masa 3-4 jam untuk sampai. So, kalau ke sini habis masa 1 hari. Jalan agak macet (jam...jam). Yang seronoknya sepanjang perjalanan boleh tengok pelbagai pemandangan daripada kawasan yang kedainya ditulis dalam bahasa Arab hingga kepada jualan hasil ladang. Cuaca di sini lebih sejuk berbanding tempat lain di Jawa.

Rabu, 8 Jun 2011

Bandung 8 Jun 2011

Hari ini kami akan ke Bandung. Perancangan telah dibuat sejak 5 bulan yang lepas.

Tarikh: 8 Jun 2011
Daripada: LCCT
Destinasi: Bandung, Hussein Sastranegara Airport
Masa: 9:40AM (2 jam)
Penerbangan: Airasia

Sampai aje di airport terus berbaris untuk urusan pasport. Selesai urusan pasport Van yang ditunggu tak sampai, so kena naik teksi ke Hotel. Jarak airport ke pusat bandar taklah jauh sangat, sekitar 30 minit.

Hotel: Patradissa, Wastukencana 7A, Tel: 022-4206657
Kos semalam: RP375.000 (hari jumaat RP400.000)
Bilik yang diambil adalah Bilik Family. So ada 2 katil yang besar. Sesuai untuk datang bersama keluarga.

Komen Negatif:
  1. Air mandi sangat slow. Air panas selalu tak ada.
  2. Breakfast untuk saya sekadar so..so..but its seem oklah.
  3. Cerek eletrik tidak dibekalkan. Kalau nak air panas minta kat receptionist.
  4. Aircond tak cukup kuat. Disebabkan cuaca Bandung sejuk sedikit berbanding Malaysia its acceptable.

Positif:
  1. Pekerja sangat mesra.
  2. Lokasi tak jauh daripada Pasar Baru.
  3. Mudah mencari makanan.
  4. Ditengah bandar.





Hari Pertama:

Disebabkan saya tak sewa supir maka kami sewa teksi untuk beberapa jam bawa kami ke beberapa tempat buat tempahan kaca mata. Tempatnya tak jauh daripada Pasar Baru. Selesai tempah kaca mata (3 jam) kami terus ke Toko 3.

Toko 3
Toko 3 ni tempat jualan seluar jeans pelbagai jenis. Kedainya agak besar. Kami beli beberapa seluar jeans kat sini.


cari makanan BAKSO. Komen saya kalau kena dengan kedainya Bakso memang sedap.

Balik bilik terus tidur...

Bandung 8 Jun 2011


Pagi ni destinasi saya dan keluarga adalah Bandung. Sedikit info tentang Bandung, Indonesia.

Destinasi: Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Suhu: Sejuk sedikt berbanding Malaysia
Tujuan: Melawat sambil membeli belah
Tarikh: 08 Jun 2011
Flight: 9:40am (2 jam)

Dalam keadaan sakit selepas accident di Alor Setar, kami kuatkan hati untuk berjalan di Bandung. Dengar cerita Bandung ni tempat yang ramai dikunjungi pelancong.

Sabtu, 4 Jun 2011

Kemalangan di Alor Setar (04 Jun 2011)



Selepas balik dari London saya bersama keluarga pergi ke Kedah menghadiri kenduri. Sebelum nak ke Baling tu kami memandu arah ke Padang Besar. Dalam perjalanan balik terkena accident di Alor Setar.

Kereta remok habis. Nasib baiklah ahli keluarga hanya cedera ringan sahaja. Banyak barang elektronik yang rosak akibat kereta yang dipandu terbabas ke dalam parit.