Rabu, 8 Jun 2011

Bandung 8 Jun 2011

Hari ini kami akan ke Bandung. Perancangan telah dibuat sejak 5 bulan yang lepas.

Tarikh: 8 Jun 2011
Daripada: LCCT
Destinasi: Bandung, Hussein Sastranegara Airport
Masa: 9:40AM (2 jam)
Penerbangan: Airasia

Sampai aje di airport terus berbaris untuk urusan pasport. Selesai urusan pasport Van yang ditunggu tak sampai, so kena naik teksi ke Hotel. Jarak airport ke pusat bandar taklah jauh sangat, sekitar 30 minit.

Hotel: Patradissa, Wastukencana 7A, Tel: 022-4206657
Kos semalam: RP375.000 (hari jumaat RP400.000)
Bilik yang diambil adalah Bilik Family. So ada 2 katil yang besar. Sesuai untuk datang bersama keluarga.

Komen Negatif:
  1. Air mandi sangat slow. Air panas selalu tak ada.
  2. Breakfast untuk saya sekadar so..so..but its seem oklah.
  3. Cerek eletrik tidak dibekalkan. Kalau nak air panas minta kat receptionist.
  4. Aircond tak cukup kuat. Disebabkan cuaca Bandung sejuk sedikit berbanding Malaysia its acceptable.

Positif:
  1. Pekerja sangat mesra.
  2. Lokasi tak jauh daripada Pasar Baru.
  3. Mudah mencari makanan.
  4. Ditengah bandar.





Hari Pertama:

Disebabkan saya tak sewa supir maka kami sewa teksi untuk beberapa jam bawa kami ke beberapa tempat buat tempahan kaca mata. Tempatnya tak jauh daripada Pasar Baru. Selesai tempah kaca mata (3 jam) kami terus ke Toko 3.

Toko 3
Toko 3 ni tempat jualan seluar jeans pelbagai jenis. Kedainya agak besar. Kami beli beberapa seluar jeans kat sini.


cari makanan BAKSO. Komen saya kalau kena dengan kedainya Bakso memang sedap.

Balik bilik terus tidur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan