Ahad, 21 Jun 2009

Pindah Rumah 2009

Pada pertengahan tahun 2009 akhirnya isteri dapat pindah ke Nilai. Mudah sedikit urusan harian. Saya ambil rumah Desa Jasmin berdepan dengan sekolah untuk memudahkan anak pergi dan balik sekolah. Inilah tempat saya tinggal dulu Taman desa Jasmin, Nilai. Tinggal di sini hingga bulan Jun 2012.




Sebelum Pindah
Selepas pindah: Rumah agak kecil tetapi selesa dan strategik.


Jumaat, 21 November 2008

Langkawi 2008

Bercuti ke Pulau Langkawi 20 - 22 November 2008

Driving dari KL - Kuala Perlis - Bukit Kayu Hitam - KL








Ahad, 16 Mac 2008

Sabtu, 29 Disember 2007

Pindah 2007



27 Dec 2007

Sebelum cuti akhir tahun bermula aku dah dapat berpindah ke Negeri Sembilan. Aku minta pindah sebab nak sambung belajar secara part time. Sebelum ini aku cuba pada tahun 2001 di UKM gagal menamatkan pengajian sebab banyak komitmen.

Kali ni aku nekad untuk berpindah selepas cuba mendapatkan scholarship tak berjaya. Pada akhir bulan Oktober 2007 keputusan berpindah ke NS berjaya tapi isteri gagal. Kami cuba membuat rayuan sehinggalah pada pertengahan bulan Disember 2007 barulah isteri berjaya berpindah.

Pada 27 Dec kami sekeluarga terbang ke NS dan kami melapor diri di sana. Terkejut juga melihat jarak antara tempat aku bertugas di Nilai sangat jauh dengan isteri di Port Dickson. Untuk memudahkan urusan kami menetap di Port Dickson. Hari-hari aku terpaksa bertolak dari rumah sebelum jam 6am dan sampai di Nilai sekitar 7.10am. Jarak pergi dan balik 90KM ikut jalan kampung. Kalau ikut highway makin jauh 120KM + Tol RM6.50x2=RM13.00. Kalau ikut highway parahlah.

Port Dickson 2008

Rumah dekat Taman PD Mewah, tak jauh dengan Kampung Gelam. Semua barang tak ada sampailah bulan Mei 2008.





Apabila harga minyak melambung naik pada bulan Ogos 2008 aku terasa sangat sukar disebabkan dengan full tank aku hanya mampu bergerak 3 hari sahaja dengan jarak sekitar 410KM.


Nilah kereta yang aku pakai sampai 2010.