Isnin, 6 Jun 2016

New Zealand: Queenstown to Te Anau - day 5

[dah berbulan-bulan tak menulis disebabkan sibuk)
Masa nak check out pagi tu pekerja dah bersiap sedia nak buat cleaning. Walaupun kos penginapan di Queenstown agak mahal tetapi cukup berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.
Pagi suhu agak sejuk malah jalan-jalan nampak ada sedikit snow. Perlahan menyusur keluar dari Queenstown ke Te Anau. Jarak perjalanan ambil masa 3 jam. Seperti biasa terdapat beberapa tempat di sepanjang tasik yang kena singgah ambil gambar. sepanjang perjalanan permandangan biasa ladang, lembu, kambing, tasik, kawasan yang agak berkabus dan macam-macam lagi. Ini kali pertama melalui jalan ini.

Akhirnya sampai juga ke Te Anau. Cuaca agak mendung berbanding dengan Queenstown. so gambar kurang cantik. Bandar di Te Anau agak kecil dan simple.






Pagi ini perjalanan diteruskan ke Milford Sound...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan