Sebelum sampai ke Hiroshima kami singgah ke Kintaikyo Bridge, Iwakune City.
Selepas kekalahan dalam Pertempuran Sekigahara (1600), Hiroie Kikkawa, pemerintah feudal pertama Iwakuni, merancang untuk membina sebuah bandar istana yang kukuh bagi mempertahankan diri daripada serangan musuh. Setelah mendapati bahawa Sungai Nishiki mengalir dalam keluk U di sekitar gunung, Kikkawa memutuskan untuk menempatkan istananya di atas gunung itu, kerana Sungai sekitar gunung itu boleh bertindak sebagai parit luar yang ideal. Di kaki gunung itu, beliau telah mengarahkan pahlawan kelas atasan untuk membina kediaman baru. Manakala pahlawan yang lebih akan tinggal disekitar kawasan sungai tersebut. (Sumber: http://kintaikyo.iwakuni-city.net/en/background.html)
Apa yang menarik tentang Kintaikyo Bridge ini? Jambatan ini dibina daripada kayu.
Lihat saja gambar di bawah.
Komen: Duduk di tepi jambatan sambil menikmati pemandangan indah sangat menyeronokkan. Subhanallah. Begitu cantik.
Pulau Miyajima
Pulau ini kedudukannya berdepan dengan bandar Hiroshima. Nak ke pulau kena naik bot atau kapal di pelabuhan.
Pulau ini banyak rusa berkeliaran.
Komen: Kalau banyak masa free anda boleh meneroka pulau ini sehingga di atas bukit. Banyak tempat menrik di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan