Ahad, 12 Mac 2017

Perth 2017

Ini trip pertama tahun 2017. Tahun ini kerja banyak dan macam tak bersemangat untuk ke mana-mana. Tapi akhirnya pergi juga ke Perth sebab tak pernah ke sini dan teringin nak tengok Perth.

Pergi ke Perth ni bukanlah ada dalam perancangan. Kebetulan ikut family adik ke sini. Kebetulan masa datang hari tu bulan Mac masa autumn. Cuaca di Perth siang agak panas dan malam sederhana sejuk. Cuaca agak sejuk pada waktu dinihari. Cuaca siang agak berangin. Itulah yang mengurangkan bahang panas.


Makanan
Kanan halal tak ada masalah. Mudah didapati di Perth. Nak beli mentahpun banyak super market yang menjual makanan mentah. Di Perth ini yang paling saya suka banyak buah-buahan fresh dari ladang. Daripada buah apple hinggalah kepada kekacang yang pelbagai jenis.

Shopping

Tak banyak shopping Complex tetapi cukup dan memadai.

Tempat Menarik
Banyak sebenarnya tetapi tak larat nak redah semuanya.

Transport
Kami sewa Van untuk satu family. Awas patuhi had  laju kalau tidak kena saman.
Overall Perth ni sesuai kalau nak bawa keluarga berjalan-jalan tapiii make sure musim yang sesuai.



 Caversham Wildlife Farm


 Freemantle Church

 War Memorial