Lokasi:
Terletak di bahagian tengah Sarawak
Perjalanan: Kapal terbang dari Kuching, 1 jam. Bas dan jalanraya melalui bandar Sibu.
Kemudahan: Bank, Hotel, Kedai yang mencukupi.
Makanan Favourite di sini: UMAI
Peta
Sejarah
Sebagai pengenalan saya ceritakan sedikit apa yang berlaku di Mukah lebih 150 tahun yang lalu yang membawa kesan kepada daerah Mukah hingga ke hari ini. Muka merupakan antara kawasan yang paling kaya
di bawah jajahan Brunei khususnya dengan pengeluaran sagu yang mencecah
setengah daripada pengeluaran sagu dunia.[1] Melalui
campur tangan James Brooke, kawasan muara sungai Igan hingga ke kawasan Kidurong
(Bintulu) telah diserah kepada keluarga Brooke pada tahun 1861. [2]
Masalah di Mukah bermula akibat daripada
pergaduhan antara pembesar iaitu Pengiran Arshad dengan keluarga Pengiran
Matusin. Pengiran Arshad dilihat sebagai mewakili pembesar Brunei manakala
Pengiran Matusin pula dilihat mewakili penduduk tempatan yang dikatakan
seringkali ditindas oleh pembesar Brunei. Krisis antara Pangeran Arshad dan
Pangeran Matusin telah membawa kepada pembunuhan Pengiran Arshad dan keluar
beliau. Peristiwa ini telah menyebabkan campur tangan Syarif Masyhur yang juga
mempunyai pertalian keluarga dengan Pengiran Arshad. Disebabkan Pengiran
Matusin enggan menyerah dan melarikan diri ke Kuching, menyebabkan Syarif
Masyhur melakukan serangan yang mengakibatkan kematian seramai 45 orang
pengikut Pengiran Matusin. Menurut perspektif Gould dan Bampylde, tindakan
pembesar Brunei ini dianggap cubaan menghapus pembesar yang disukai oleh
penduduk tempatan Mukah.[3] erdagangan
sagu yang terletak di Mukah, Oya, Igan,
Matu dan Nipa yang terletak dalam wilayah Brunei.[4] Masalah perdagangan timbul akibat
pembesar-pembesar Brunei yang dikatakan menganggu perdagangan di situ. Sagu
yang dibawa ke Singapura dan Kuching. Selain menganggu pembesar turut menyerang
kapal-kapal perdagangan dan mengenakan cukai yg tinggi ke atas pedagang.
Campur tangan Brooke di daerah Mukah banyak
dipengaruhi oleh faktor ekonomi iaitu pengeluaran sagu untuk eksport ke Singapura.
Pada masa yang sama peningkatan eksport sagu dari Mukah ke Kuching disebabkan
sejak tahun 1858, Kuching memiliki kilang pemprosessan sagu. Sebab itu
penguasaan ke atas daerah Mukah sangat penting Brooke untuk menguatkan ekonomi
Sarawak. Walau bagaimanapun keadaan politik
di Mukah pada tahun-tahun 1850-an agak kacau bilau disebabkan pergaduhan
antara pembesar-pembesar di situ. Pada tahun 1854 Gabenor Brunei di Mukah iaitu
Pengiran Arshad telah mati dibunuh oleh pembesar tempatan iaitu Pengiran
Matusin. Kejayaan Pengiran Arshad banyak bergantung kepada anaknya pengiran
Nipa. Permusuhan antara kedua-dua pihak berlarutan untuk tempoh beberapa tahun
sehingga menyebabkan Brooke telah campur tangan menyokong Pengiran Matusin
dengan alasan Pengiran Arshad dan
Pengiran Nipa seorang yang korup dan bertindak melampau terhadap masayarakat
tempatan.
Pergelutan
di Mukah berkait dengan pergelutan di antara Brunei dan Sarawak bagi menguasai
sumber ekonomi yang penting di Mukah iaitu Sagu. Pergelutan di antara Pengiran
Matusin sebenarnya banyak untuk mewakili kepentingan Sarawak, begitu juga
dengan tindakan Pengiran Arshad yang cuba mempertahankan kewibawaan dan sumber
ekonomi Brunei di jajahan Mukah. Pada tahun 1857, Sultan Mukmin membenarkan James Brooke menyelesaikan
masalah di Mukah. Walau bagaimanapun Tuan Muda Sarawak iaitu Charles Brooke telah
bertindak lebih jauh dan bercita-cita untuk membawa terus Mukah ke dalam
pengaruh Sarawak dengan alasan pentadbiran pemerintah Brunei telah memburukkan
keadaan perdagangan dengan mengenakan pelbagai cukai dan levi. Tindakan
Charles ini membawa kepada pakatan di kalangan orang Melayu (The Malay Plot) untuk mengeluarkan Brooke dari Utara Sarawak (Mukah).
Situasi tegang di
antara Sarawak dan Brunei akhirnya berjaya dileraikan oleh konsul British iaitu
Spenser St. John. Campur tangan beliau akhirnya telah membawa kepada satu
perjanjian di antara Sultan Brunei dan Brooke. Dalam perjanjian tersebut
seluruh kawasan Mukah sehingga Bintulu diserahkan kepada kerajaan Sarawak dan Brooke
perlu membayar ufti tahunan sebanyak $4500 kepada Sultan Brunei. Setelah kematian Brooke
pada 11 jun 1868 segala urusan pentadbiran Sarawak
diambil alih oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke.
[1]
Awang Asbol bin Haji Mail, “Kesultanan Melayu Brunei dalam Konflik Mukah pada
Abad ke-19: Satu Perbandingan Antara Perspektif Sumber Barat dan Tempatan,”
dalam Sosiohumanika, 2(2), 2009, hlm.
166
[2] Morris,
1991, hlm. 4
[3] S.
Baring Gould dan C.A. Bampfyde, History
of Sarawak Under Its Two White Rajah, 1839-1908, Singapore: Oxford University Press,
1989, hlm. 214-215
[4]
L.R. Wright, “Sarawak’s Relations with Britain, 1858-1870”, Sarawak Museum Journal, Vol. XI, No.
23-24, 1964, hlm. 636