Memaparkan catatan dengan label London. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label London. Papar semua catatan

Ahad, 2 Jun 2013

London Day 5: 2013

disebabkan terlepas Eurostar ke Paris kita batalkan trip tu dan berjalan sekitar London sementara menunggu bas ke Luton Airport.

Tower Bridge






 Istana berhampiran Tower Bridge


Camden Market
Camden Market ni macam pasar malam atau pasar tamu. Kebanyakan yang dijual adalah pakaian. Kedai di sini agak unik.


Di sini sempat singgah kedai orang Turki, Fish and chips.








Mengikut jadual asal bas yang ditempah jam 11.30 malam di Baker Street. So setelah selesai ke Camden Market kami terus ke Baker Street. Sambil menunggu singgah di KFC halal dalam 2 jam.


Sabtu, 1 Jun 2013

London Day 4: 2013

Destinasi hari ini: Natural Museum dan Stanford Bridge (Chelsea)


Stadium Chelsea





Gedung Harrods
Saya hanya mampu beli Macoroon. Rasa sure sedap.





Jumaat, 31 Mei 2013

London Day 3: 2013

Destinasi hari ini ke Portsmouth
Naik National Coach dari Victoria Station

Bas sampai lewat di Portsmouth akibat jam. Di Portsmouth singgah di shopping mall tepi jeti, Gunwharf Quays,  Portsmouth.

Shopping tak lama dalam 3 jam setengah dan terus naik bas jam 3.30 petang balik ke London. Tangan penuh dengan plastik beg dan baju.








Khamis, 30 Mei 2013

London Day 2 2013

Selepas sarapan pagi terus ke tube station Bayswater. Bayswater --> Earl Court --> Kew Garden
Destinasi: PRO, Kew Garden. Buat apa di sini? Saja membuat rujukan di perpustakaan.




Rabu, 29 Mei 2013

London Day 1

... sambungan daripada day 3 2013, istanbul.

Mendarat di Luton Airport jam 3.15. Proses imigresen selesai dalam 30 minit. Selepas solat terus naik bas jam 4. Sampai London dalam jam 5.15. Hari hujan dan agak sejuk. Saya hanya bawa baju nipis. Sejuk sampai mulut berasap. Suhu sekitar 11 Celsius.

Di depan Luton Airport menunggu bas ke Baker St.

inilah bas yang dinaiki, easybus.


Dari Baker street terus ke Bays water dan mudah saja sampai ke Royal Bays water. Selepas itu terus keluar ke piccadily circus dan balik 9 pm. Di situ hanya nak beli baju sejuk kat White Lily.

Sebelum naik underground saya cadangkan anda pakai Oyster Card. Reloadkan saja di mesin di station dan anda boleh naik semua tube. Bagi zon 1-4 maximum bagi satu hari ialah GBP8.

Di Bayswater saya beli Lyca Mobile sim card dan singgah di Taza. Kedai Taza ni sediakan kebab halal. Rasa sangat sedap.






Bilik Hotel yang cramp.



(Catatan Dari PRO London, 11:15am)

Ahad, 29 Mei 2011

London 29 Mei 2011

Last day

Hati dah tak sabar nak balik. Pagi-pagi lagi dah bangun bersedia nak balik. Selepas check out saya terus menunggu bas. Beg ada 3 buah dan agak berat.

Tengah tunggu bas dari Hostel ke Baker Street. Kenapa Baker Street? Sebab saya naik bas ke airport guna easybus. Kalau dari center London nak ke Stensted kenalah naik easybus atau National Express.


Dalam bas masa nak balik. Tengok beg saya lah tu!


Pening tengok beg, penuh dan tak ada ruang kosong lagi.


Dekat Stensted airport menunggu untuk check in.


Ni pulak masa dekat terminal, masa nak masuk ke kapal terbang.



Bye..bye London. Entah bila akan datang ke sini semula.

Alhamdulillah, thanks to Allah, givem me a chance in my life. Thanks.


Sabtu, 28 Mei 2011

Portsmouth 28 Mei 2011

Pagi ni bangun awal pagi dan terus bergegas ke station tube Turnham Green. Destinasi hari ialah Portsmouth.





London 28 Mei 2011

PORTSMOUTH

Pagi ni bangun awal dan terus bergegas ke tube station Turnham Green. Destinasi hari ialah Portsmouth.

London ke Portsmouth = Jarak 2 jam perjalanan
Portsmouth = Bandar pelabuhan.
Bas = National Express
Price = GBP13
Station = Victoria Station
Suhu: 9 Celsius, rasanya agak sejuk berbanding London

Sampai saja di VC 8.05am. Masa dah lewat. Bas sepatutnya 8.30am. So apa lagi berlarilah daripada tube station VC ke bus station VC. Jarak tak jauh bersebelahan bangunan saja. Bas yang bergerak setiap minit memang banyak so kena datang awal, berbaris. Tepat jam 8.30am bas terus bergerak.

Tiket ke Portsmouth


Bas di VC




Sampai kat bus stop Portsmouth destinasi ada sahaja:
1. Gunwharf Quays (shopping centre)
2. Naval museum



Gambar di Gunwharf Quays (shopping centre). Ini nasihat pada yang pergi sini. Elok jangan datang ke Gunwharf Quays sebab poket sure kering dan naik haus credit card kat mesin stripe. Nak tahu apa ada kat sini? Daripada barangan pinggan mangkuk branded, sehinggalah kepada Adidas dan Nike, coklat Cadbury etc. Kalau yang mengemari hand bag berhati-hati! Di sini anda akan diracun dengan latest collection yang pasti meracuni anda! Kalau dibandingkan dengan center London, baik beli kat sini. Harga yang ditawarkan lagi best ... lagi best! Bezanya kat sini kalau kedai adidas, dia hanya jual barangan adidas sahaja. Begitu juga dengan Nike, Levis, etc. Kalau kat Whitelily di Oxford Street, semua brand dalam satu kedai. Kedai dia besar dan pelbagai brand disediakan. Daripada yang biasa macam adidas, Nike hingga kepada Karrimor, Solomon.

Kat sini saya perabih pitih tak banyak sebab saya datang bukan nak shopping. Rasanya:
Adidas - £153
Clarks factory shop -£55
Nike Factory shop -£91
Cadbury - £2



Ni dia Marks and Spencer. Brand yang terkenal seantero dunia. Lokasi betul-betul kat pintu masuk Gunwhart Quays.





Gambar di Naval Museum







Disebabkan bas yang ditempah pada jam 5pm maka 4.30 pm lagi dah sedia kat Bus Station.

Permandangan kat Bus Station Portsmouth berhampiran Feri Terminal




Pekan Portmouth


Bye..bye Portsmouth. Entah bilalah nak sampai ke sini lagi.