Proses
membuat penyelidikan bukanlah satu tugas yang mudah. Ramai pelajar yang
gagal menyiapkan Disertasi atau Tesis berpunca daripada banyak sebab.
Untuk artikel ini saya cuba berkongsi pengalaman pahit dan manis dalam
menyiapkan tugasan Disertasi Master di Universiti Malaya. Sebagai sebuah
universiti penyelidikan, UM mengutamakan kualiti penyelidikan yang baik
sebagai kriteria utama dalam menilai pelajar. Justeru sepanjang
menyiapkan Disertasi saya cuba membuat yang terbaik sebagai hasil karya
peribadi.
Pada
peringkat awal saya cuba menghantar tajuk yang digunakan semasa
interview biasiswa tetapi komen daripada Professor yang berpengalaman
membawa saya untuk merenung kembali tajuk yang dipilih dirasakan terlalu
besar untuk disiapkan dalam masa setahun. Selepas memikir pro dan
kontra dalam menukar tajuk saya beranikan diri untuk submit tajuk baru
yang agak kontroversi sebagai tajuk Disertasi.
Penyelia
tiada halangan tetapi masalah utama membuat tajuk ini ialah akses
kepada bahan-bahan yang sangat sukar. Akhirnya selepas membuat
penelitian jumlah sumber dan lokasi sumber saya meneruskan projek
tersebut dengan perasaan 50% sahaja mampu disiapkan. Apabila projek
bermula dan tajuk telah diluluskan seperti yang saya jangka masalah
akses bahan begitu kritikal. Malah bahan utama yang saya pakai tidak
berada di Malaysia tetapi nun jauh di kota London, UK. Jadi apa yang
saya perlu lakukan? Saya tak pernah ke London. Malah London bukannya
kota kecil.
Akhirnya
saya beranikan diri untuk meneruskan hajat ke Public Record Office
(PRO), London untuk mencari bahan bagi menyiapkan disertasi Masters.
Sebelum pergi saya bertanya dengan Penyelia dan beberapa orang Pensyarah
bagi mendapatkan maklumat. Di samping itu saya mula berjinak-jinak
membaca pengalaman orang bercuti di london melalui Blog. Selepas
meneroka internet saya bertambah yakin yang saya mampu untuk ke sana.
Selepas
7 bulan tempahan tiket penerbangsan akhirnya saya terbang selama 14 jam
dari Kuala Lumpur ke London semata-mata untuk mencari bahan untuk
menyiapkan Disertasi.
Persediaan
Sebagai persediaan ke London selain daripada membaca pengalaman orang lain di blog saya juga mengambil inisiatif lain:
Membuat
bacaan tambahan tentang tajuk yang dibuat dan melihat kembali rujukan
yang digunakan untuk dicari dan diteliti semula. Untu tujuan ini saya
menyenaraikan semua primary source yang digunakan untuk saya buka semula
dokumen tersebut.
Disebabkan
lokasi Kew Garden berada agak jauh daripada pusat bandar London saya
cuba mencari hostel yang berada tidak jauh daripada PRO. Malangnya
kebanyakan Hostel di sini agak mahal disebabkan kawasan Kew Garden
bersebelahan dengan kawasan perumahan golongan elit. Akhirnya saya
bertemu juga dengan penginapan yang sederhana dari segi kosnya iaitu
sekitar GBP32 semalam di Turham Green. Dari Turnham Green saya naik bas
ke Kew Garden. Kos bas hanya GBP1.20.
Perkara
ketiga yang lihat ialah jadual bekerja (working hours) di PRO. Ahad dan
Isnin tutup. Waktu tutup berselang seli jam 5 petang ataupun jam 7
malam. Sekiranya tutup jam 5 petang saya ambil kesempatan untuk berjalan
di London selepas jam 5 petang. Selepas penat membaca seharian saya
berjalan ke tempat-tempat menarik yang banyak di London. Pada hujung
minggu saya membuat perancangan untuk ke Istanbul disebabkan Akrib tutup
2 hari. Perjalanan ke Istanbul merupakan impian dalam hidup saya untuk
melihat tapak sejarah yang sangat berharga.
Kos.
Kalau ke London perbezaan matawang menyebabkan semuanya mahal. Untuk
pengangkutan saya cuba menggunakan Oyster Card. Perjalanan dalam zon 1-4
maksimum hanya dipotong GBP8 sehari. Ini sesuatu yang sangat
menjimatkan untuk saya. Malah sistem pengangkutan di London sangat
efisyen.
Makanan.
Harga makanan sekitar GBP6-10. Makanan Halal banyak di London dan
tidaklah susah sangat untuk mencarinya. Banyak mini supermarket yang
menawarkan harga makanan yang berpatutan misalnya buy 2 free 1. Kuching
Proses mencari bahan di Malaysia juga kurang menyeronokkan disebabkan banyak bahan tidak di dokumenkan dengan baik. Tanpa dokumentasi bahan adalah sangat sukar untuk mencari bahan yang relevan. Malah dalam banyak hal dokumen tidak boleh diakses disebabkan pelbagai alasan. Kalau yang rasmi saya masih boleh terima.
Ini masa tengah hujan dalam perjalanan balik dari Arkib Negara Cawangan Kuching. Hujan sangat lebat.
Singapura
National Archive London
Tiada ulasan:
Catat Ulasan