27 Dec 2007
Sebelum cuti akhir tahun bermula aku dah dapat berpindah ke
Negeri Sembilan. Aku minta pindah sebab nak sambung belajar secara part time.
Sebelum ini aku cuba
pada tahun 2001 di UKM gagal menamatkan pengajian sebab banyak komitmen.
Kali ni aku nekad untuk berpindah selepas cuba
mendapatkan scholarship tak berjaya. Pada akhir bulan Oktober 2007 keputusan berpindah ke NS berjaya tapi isteri
gagal. Kami cuba membuat rayuan sehinggalah pada pertengahan bulan Disember
2007 barulah isteri berjaya berpindah.
Pada 27 Dec kami
sekeluarga terbang ke NS dan kami melapor diri di sana. Terkejut juga melihat
jarak antara tempat aku bertugas di Nilai sangat jauh dengan isteri di Port
Dickson. Untuk memudahkan urusan kami menetap di Port Dickson. Hari-hari aku
terpaksa bertolak dari rumah sebelum jam 6am dan sampai di Nilai sekitar
7.10am. Jarak pergi dan balik 90KM ikut jalan kampung. Kalau ikut highway makin jauh 120KM + Tol RM6.50x2=RM13.00. Kalau ikut highway parahlah.
Port Dickson 2008
Rumah dekat Taman PD Mewah, tak jauh dengan Kampung Gelam. Semua barang tak ada sampailah bulan Mei 2008.
Apabila harga
minyak melambung naik pada bulan Ogos 2008 aku terasa sangat sukar disebabkan
dengan full tank aku hanya mampu bergerak 3 hari sahaja dengan jarak sekitar
410KM.
Nilah kereta yang aku pakai sampai 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan