Isnin, 6 Jun 2016

New Zealand: Queenstown to Te Anau - day 5

[dah berbulan-bulan tak menulis disebabkan sibuk)
Masa nak check out pagi tu pekerja dah bersiap sedia nak buat cleaning. Walaupun kos penginapan di Queenstown agak mahal tetapi cukup berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.
Pagi suhu agak sejuk malah jalan-jalan nampak ada sedikit snow. Perlahan menyusur keluar dari Queenstown ke Te Anau. Jarak perjalanan ambil masa 3 jam. Seperti biasa terdapat beberapa tempat di sepanjang tasik yang kena singgah ambil gambar. sepanjang perjalanan permandangan biasa ladang, lembu, kambing, tasik, kawasan yang agak berkabus dan macam-macam lagi. Ini kali pertama melalui jalan ini.

Akhirnya sampai juga ke Te Anau. Cuaca agak mendung berbanding dengan Queenstown. so gambar kurang cantik. Bandar di Te Anau agak kecil dan simple.






Pagi ini perjalanan diteruskan ke Milford Sound...



Ahad, 5 Jun 2016

New Zealand: Queenstown - day 4

Pagi ni pelan nak ke atas gunung dan bukit
1). The Remarkable
2). Skyline

Perjalanan pagi ke remarkable ambil masa 40 minit sehingga ke atas gunung. Dari Queenstown ke kaki bukit dalam 20 minit tetapi nak naik ke atas kena jalan perlahan disebabkan jalan yang curam dan mengerikan.








2). Skyline





New Zealand: Queenstown - day 3

Perjalanan dari Lake Tekapo ke Queenstown ambil masa sekitar 5 jam sebab banyak berhenti.  Dalam perjalanan singgah ke beberapa destinasi.

Kolam penternakan ikan Salmon

Lindis Pass




Sungai yang airnya hijau untuk aktiviti extreme games


Dan akhirnya tiba di Queenstown. Hostel penginapan di Queenstown yang menarik dari segi lokasi.



Hotel: Alexis Motel & Apartments, 
Address: 69 Frankton Road, 9300 Queenstown, 
New Zealand






Petang kami ke Glenorchy. Tempat ni agak sunyi tetapi menarik.




bersambung...


Jumaat, 3 Jun 2016

New Zealand: Lake Tekapo - Day 2

Perjalanan dari Christchurch ke Lake Tekapo ambil masa 3 jam setengah tetapi disebabkan banyak berhenti maka ia jadi lebih 5 jam. Sepanjang perjalanan anda akan lihat banyak ladang dan permandagan yang sungguh menakjubkan. Panorama sepanjang perjalanan inilah yang membuatkan ramai pelancong merasa NZ sangat sweet sebagai destinasi pelancongan.

Di Lake Tekapo kami menginap di Lake View Motel. Walaupun nampak kecil dan simple dari luar tetapi bila menjengah masuk semua kelengkapan mencukupi. TV, alat pemanas, dapur memasak, shower dll. Salah satu tempat di Pulau Selatan NZ yang paling saya suka. Mari lihat keindahan Lake Tekapo...