Sabtu, 26 September 2015

India day 7 - Delhi

Hari terakhir kami berada di Delhi. Delhi dibahagikan kepada 2 iaitu Old Delhi dan New Delhi. Bahagian old Delhi merupakan bandar lama yang telah digunakan sejak beratus-ratus tahun oleh beberapa pemerintah empayar yang lepas.

Anyway jom kita lihat gambar di New Delhi.










Masjid Jama' Delhi







Khamis, 24 September 2015

India day 6 - Jaipur

Jaipur ni sekitar 4 jam dari Agra. Masa sampai cuaca agak panas di Jaipur.

Jom lihat gambar.

Ini restoran tempat kita singgah. Makanan just nice.


Balai cerap bintang di Jaipur









Kawasan pusat bandar Jaipur yang sesak dengan kedai jualan pelbagai barangan .


Ini adalah destinasi penting di Jaipur. Terletak di atas bukit.






Seni bina di sini sangat hebat.




Tak jauh dari situ ada sebuah kawasan istana dalam tasik untuk Raja beristirehat semasa musim panas.




Rabu, 23 September 2015

India day 5 - Agra

Perjalanan dari Delhi ke Agra memakan masa dalam 5 jam mengikut highway.

Agra ni hanya ada satu perkara sahaja. Taj Mahal.

Ini adalah sekitar Agra Port yang terletak tidak jauh dari Taj Mahal. Kalau jalan kaki memanglah jauh :)







Semua bahagian dibina menggunakan batu marmar.



Inilah dia Taj Mahal. Bangunan ini sangat hebat dalam gambar tetapi juga hebat bila dilihat dari dekat. Subhanallah.






Selasa, 22 September 2015

Kashmir Srinagar 4 - Srinagar to Delhi

Pagi ini hujan dan rancangan untuk tour mengelilingi tasik terpaksa dibatalkan. Sedih tak sempat. Hari sebelum itu tak dapat cuba sebab bertolak awal pagi dan balik lewat malam. Walau bagaimanapun di semua tempat dari hari pertama sampai hari ketiga cuaca begitu baik dan dapat cover semua seperti dalam perancangan.

Anyway aktiviti berjual beli mula dilakukan apabila banyak bot-bot kecil peniaga membawa barang jualan daripada Pashmina, barangan kulit dan macam-macam. Sure lah ini aktiviti orang perempuan.


Jam 10.30 pagi kami mula check out dan bertolak ke airport. Untuk makluman semua proses checking ke airport sangat leceh. Ada 3 atau 4 kali barang di scan. Mungkin disebabkan kawasan ini kawasan bergolak dan airport dalam kawasan tentera. Bukan itu sahaja bilangan penumpang yang masuk ke airport mesti tercatat pada tiket untuk masuk ke kawasan airport.

Selesai proses scanning anda kena declare semula semua orang dalam group anda yang pulang ke Delhi. Sangat memenatkan proses ini.

nanti saya upload gambar barang jualan..

Kashmir Srinagar 3 - Gulmarg

Lokasi Gulmarg ini  sekitar 2 jam perjalanan dari Houseboat bergantung kepada situasi jalan raya. Gulmarg ini merupakan destinasi utama pelancong terutamanya yang ingin bermain salji pada musim winter.
Kos naik Gondola: Rp1400 (Phase 1 dan Phase 2). Phase 2 ketinggiannya ialah 14000 kaki. The highest in the world. Tiket boleh dibeli dibandar ataupun melalui pihak houseboat. Walau bagaimana saya cadangkan anda beli distesen gondola untuk mengelakkan gondola ditutup disebabkan cuaca kurang baik. Agak lama proses menuntut semula wang tiket sekiranya gondola ditutup.

Anda kena cuba naik gondola ini sebab sepanjang naik nanti anda akan lihat kampung orang Gypsy yang menjalankan aktiviti penternakan di kawasan tanah tinggi. Orang gypsy akan kembali ke bandar sebelum musim sejuk bermula. Masa kami ke sini sempat melihat sepanjang jalan bagaimana orang gypsy berhijrah mengikut musim.

Kos naik kuda sekitar Rp300-Rp500. Saya nasihatkan anda hanya tawar menawar semasa anda mula jalan kaki dari kawasan parking ke stesen gondola. Sebenarnya jarak stesen ini tak lah jauh sangat.


















Gambar ini ditengah bandar Srinagar.