Sabtu, 29 November 2014

Japan Day 4 & 5: Hiroshima

Check out dari hotel terus ke Jambatan Kintaikyo Iwakuni. Dari hotel jarak dalam 15 minit sahaja.
Nak naik jambatan kena bayar sekitar JPY250 seorang (tak ingat).



 Permandangan di sekitar jambatan sungguh cantik. Daun pokok dah luruh menandakan tak lama lagi musim snow akan datang.


Kelar dari Iwakuni terus menghala ke Feri Miajima, Hiroshima. Sampai saja di Feri berpusing-pusing 3 kali cari parking kosong. Nasib baik setelah menunggu ada juga kosong. Disebabkan hari hujan gambar di Miyajima tak cantik sangat. Walaupun hujan tetapi bilangan orang yang datang tetap ramai.
Dipulau ini banyak sungguh rusa yang dipelihara tetapi dilepas bebas berjalan seperti di Nara.




Selepas penat berjalan haripun dah petang kami balik dan destinasi seterusnya check in di Hotel ditengah bandar Hiroshima. Saya ambil ditengah bandar dan lokasinya tak jauh dengan tempat tumpuan pelancong ... ground zero.

Jumaat, 28 November 2014

Japan Day 3: NARA

Pagi


Awal pagi berjalan sekitar kampung lama di sekitar hotel. Jarak perjalanan dekat sahaja.






Selepas check out kami teruskan perjalanan ke Nara. Dalam perjalanan ke Nara singgah ke dua tempat yang agak menarik.

SA



Toki Premium Outlet
Singgah di mana-mana outlet di Jepun sediakan duit banyak-banyak. Kami ke situ sekitar 4 jam. Kalau nak solat pergi kaunter dan tanya kat kaunter tempat untuk solat.



Petang
Akhirnya selepas singgah ke Toki kami meneruskan perjalanan ke Nara. Jarak dalam 2+ jam. Jam 4 hari dah gelap.

Khamis, 27 November 2014

Japan Day 2: Takayama


Pagi

Sebelum memulakan perjalanan jauh ke bandar Takayama kami berjalan mengelilingi tasik Kawaguchiko. Pagi ini cuaca cukup cerah tetapi udara sejuk tetap dirasai.
Kita lihat permandangan sekitar Tasik Kawaguchiko ada sebelah pagi.

Pemandangan gunung Fuji dari tingkap hostel. Pemandangan gunung Fuji cukup cantik.




Ini pula berlatar belakangkan tasik Kawaguchiko










TAKAYAMA

Selepas selesai ambil gambar dekat tasik kami mula bergerak ke bandar Takayama. Ikut jam waktu itu baru jam 10AM.

Driving dari kawaguchiko ke Takayama akan melalui bandar Matsumoto dan jalan 158 yg merentas kawasan pergunungan. Pada muanya saya ragu-ragu untuk melalui tempat ini disebabkan tidak menggunakan snow tyre. Akan tetapi disebabkan hari cerah saya driving dengan penuh yakin sambil berdoa agar janganlah snow turun dekat kawasan pergunungan.

Berhenti rehat dekat SA Matsumoto. Cuaca cerah tetapi sejuk.














Perjalanan lancar dan sampai di bandar Taayama dalam tempoh 3 jam. Diebabkan hari masih awal dan waktu check in Hotel di Jepun adaah selepas jam 3 maka saya teruskan perjalanan ke perkampungan Shirakawagoo. Perkampungan ini teretak di kawasan pergunungan di tengah Jepun. Dari Takayama perjalanan ambil masa sekitar 45 minit. Perjalanan ke sini akan melalui banyak terowong yang panjang yang membelah bukit dan gunung.


Shirakawagoo old village merupakan perkampungan dalam lindungan UNESCO.





Petang
Selepas selesai di Shirakawagoo kami terus ke Hotel penginapan di Takayama.
Penginapan: Country Hotel Takayama
Kos 3 bilik:  JPY16,300 (tanpa sarapan)
Bilik Hotel ini agak kecil berbanding Toyoko-Inn.Lokasi Hotel ini di tengah bandar dan berdepan dengan Train Station.



Updated from takayama city hotel

Rabu, 26 November 2014

Japan Day 1: Fujikawaguchiko

Perjalanan dari KL jam 12.40 pagi dan sampai di Nagoya Chubu internasional AirPort dalam jam 8.00 pagi. Hari hujan the whole day. Checking immigration berjalan lancar. Dalam jam 9+ telah pun siap keluar dari immigrations.

Seterusnya mencari kaunter Toyota rental car pun agak mudah di sini. Kaunter rental car berada dibangunan sebelah terminal utama. Manakala parking kereta sewa di bahagian bawah. Proses memahami arahan dan buat pembayaran berjalan dalam 30 minit.

Kereta Sewa: Toyota Corolla Sienta 1.5
Kos: Jp73000
CEP 3 hari: Jp6000


*CEP-CEP card adalah sewa card seperti Touch n Go untuk melalui pintu tol dan kosnya dibayar semasa menghantar kereta. Dengan card CEP kita boleh menggunakan laluan ETC card di semua highway di Jepun. Kebetulan ada tempoh prmotion di tengah Jepun untuk tempoh 3 hari. So kos nya adalah Jp6000. Kalau anda tak sewa card ini bayar guna cash pun boleh.



Kereta Sewa di Jepun

Disebabkan hari hujan, cuaca 13ÂșC kurang terasa sejuk. Selesai buat pembayaran dan belajar cara pakai GPS tepat jam 10am terus drive ke destinasi pertama Tasik Kawaguchiko. Tasik Kawaguchiko ini berada di tengah-tengah perjalanan di antara Nagoya dan Tokyo. Perjalanan ambil masa hampir 4 jam. Inipun disebabkan saya ambil sedikit masa tidur di SA (RnR) disebabkan tak cukup tidur dalam flight.


Kawaguchiko Station inn
Kos : Jp18500 + Jp2500 (breakfast) [± RM620]
Jarak dari AirPort chubu: 4 jam driving.
Komen: bilik bersih dan selesa. Lokasi hotel di depan train sts.

Disebabkan kepenatan dan tidur tak cukup saya terus tidur sesampai di bilik.

Updated from takayama city hotel

Bandar Kawaguchi ni kecil sahaja. Cuaca malam cukup sejuk. Hostel ini memiliki kelengkapan yang mencukupi dan saya berpuas hati menginap di sini.

Selasa, 18 November 2014

JAPAN 2014

Perjalanan kali ketiga bersama keluarga ke Jepun. Banyak cabaran kali ni. Bermula dengan pembatalan tiket disebabkan tugas pada last minute. Terpaksa atur semula itinerary dan tempah semula penginapan.

Tempahan kereta buat tempahan terus ke Toota Car Rental Japan. Agak straight forward dan tak banyak kerenah. Begitu juga tempahan CEP untuk ETC card. Keseluruhannya selepas discount untuk perjalanan 2550KM saya bayar tol sebanyak JPY45,000 (RM1,400*).

Tiket: Booking sejak bulan Julai

Kos: JPY530,000 (RM15,000) untuk bayaran sewa kereta, tol, minyak, hotel, makanan, muzium,  masuk USS dan sedikit shopping.

Penginapan: Untuk save budget saya banyak guna Toyoko-Inn Hostel. Bilik sangat bersih dan lengkap semua keperluan. Hostel ini bagi setiap bilik dibenarkan membawa seorang anak di bawah 12 tahun percuma. Selain Toyoko-Inn di tempat yang tiada cawangan hostel ini saya ambil hostel lain misalnya Kawaguchiko Station Inn. Di tasik Kawaguchi Hostel ini antara yang paling kompetetif dari segi harga dan lokasi tetapi lengkap seperti sebuah Hotel 3 bintang. Di Hiroshima saya juga tinggal di Hotel AZ Yamaguchi Iwakuni, Iwakuni Yamaguchi. Hotel ini agak besar dan lengkap kemudahan. Lokasi terletak di bandar yang agak kecil tetapi selesa.

Parking: Lebih baik pilih kereta berbanding MPV untuk memudahkan parking di Hotel. Lain hotel lainlah ketinggian tempat parkingnya.



Kali ni saya juga booking terus ke Langkawi seepas balik dari Jepun. Tak di rancang. Penat tapi puas berjalan.