Khamis, 21 Ogos 2014

Mukah, Sarawak

Pengenalan

Lokasi:
Terletak di bahagian tengah Sarawak

Perjalanan: Kapal terbang dari Kuching, 1 jam. Bas dan jalanraya melalui bandar Sibu.
Kemudahan: Bank, Hotel, Kedai yang mencukupi.

Makanan Favourite di sini: UMAI

Peta


Sejarah

Sebagai pengenalan saya ceritakan sedikit apa yang berlaku di Mukah lebih 150 tahun yang lalu yang membawa kesan kepada daerah Mukah hingga ke hari ini. Muka merupakan antara kawasan yang paling kaya di bawah jajahan Brunei khususnya dengan pengeluaran sagu yang mencecah setengah daripada pengeluaran sagu dunia.[1] Melalui campur tangan James Brooke, kawasan muara sungai Igan hingga ke kawasan Kidurong (Bintulu) telah diserah kepada keluarga Brooke pada tahun 1861. [2]


Masalah di Mukah bermula akibat daripada pergaduhan antara pembesar iaitu Pengiran Arshad dengan keluarga Pengiran Matusin. Pengiran Arshad dilihat sebagai mewakili pembesar Brunei manakala Pengiran Matusin pula dilihat mewakili penduduk tempatan yang dikatakan seringkali ditindas oleh pembesar Brunei. Krisis antara Pangeran Arshad dan Pangeran Matusin telah membawa kepada pembunuhan Pengiran Arshad dan keluar beliau. Peristiwa ini telah menyebabkan campur tangan Syarif Masyhur yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan Pengiran Arshad. Disebabkan Pengiran Matusin enggan menyerah dan melarikan diri ke Kuching, menyebabkan Syarif Masyhur melakukan serangan yang mengakibatkan kematian seramai 45 orang pengikut Pengiran Matusin. Menurut perspektif Gould dan Bampylde, tindakan pembesar Brunei ini dianggap cubaan menghapus pembesar yang disukai oleh penduduk tempatan Mukah.[3] erdagangan sagu yang terletak di  Mukah, Oya, Igan, Matu dan Nipa yang terletak dalam wilayah Brunei.[4] Masalah perdagangan timbul akibat pembesar-pembesar Brunei yang dikatakan menganggu perdagangan di situ. Sagu yang dibawa ke Singapura dan Kuching. Selain menganggu pembesar turut menyerang kapal-kapal perdagangan dan mengenakan cukai yg tinggi ke atas pedagang.

Campur tangan Brooke di daerah Mukah banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi iaitu pengeluaran sagu untuk eksport ke Singapura. Pada masa yang sama peningkatan eksport sagu dari Mukah ke Kuching disebabkan sejak tahun 1858, Kuching memiliki kilang pemprosessan sagu. Sebab itu penguasaan ke atas daerah Mukah sangat penting Brooke untuk menguatkan ekonomi Sarawak. Walau bagaimanapun keadaan politik  di Mukah pada tahun-tahun 1850-an agak kacau bilau disebabkan pergaduhan antara pembesar-pembesar di situ. Pada tahun 1854 Gabenor Brunei di Mukah iaitu Pengiran Arshad telah mati dibunuh oleh pembesar tempatan iaitu Pengiran Matusin. Kejayaan Pengiran Arshad   banyak bergantung kepada anaknya pengiran Nipa. Permusuhan antara kedua-dua pihak berlarutan untuk tempoh beberapa tahun sehingga menyebabkan Brooke telah campur tangan menyokong Pengiran Matusin dengan alasan Pengiran Arshad  dan Pengiran Nipa seorang yang korup dan bertindak melampau terhadap masayarakat tempatan.

            Pergelutan di Mukah berkait dengan pergelutan di antara Brunei dan Sarawak bagi menguasai sumber ekonomi yang penting di Mukah iaitu Sagu. Pergelutan di antara Pengiran Matusin sebenarnya banyak untuk mewakili kepentingan Sarawak, begitu juga dengan tindakan Pengiran Arshad yang cuba mempertahankan kewibawaan dan sumber ekonomi Brunei di jajahan Mukah. Pada tahun 1857, Sultan Mukmin membenarkan James Brooke menyelesaikan masalah di Mukah. Walau bagaimanapun Tuan Muda Sarawak iaitu Charles Brooke telah bertindak lebih jauh dan bercita-cita untuk membawa terus Mukah ke dalam pengaruh Sarawak dengan alasan pentadbiran pemerintah Brunei telah memburukkan keadaan perdagangan dengan mengenakan pelbagai cukai dan levi. Tindakan Charles ini membawa kepada pakatan di kalangan orang Melayu (The Malay Plot)  untuk mengeluarkan Brooke dari Utara Sarawak (Mukah).

Situasi tegang di antara Sarawak dan Brunei akhirnya berjaya dileraikan oleh konsul British iaitu Spenser St. John. Campur tangan beliau akhirnya telah membawa kepada satu perjanjian di antara Sultan Brunei dan Brooke. Dalam perjanjian tersebut seluruh kawasan Mukah sehingga Bintulu diserahkan kepada kerajaan Sarawak dan Brooke perlu membayar ufti tahunan sebanyak $4500 kepada Sultan Brunei. Setelah kematian Brooke pada 11 jun 1868 segala urusan pentadbiran Sarawak diambil alih oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke.


[1] Awang Asbol bin Haji Mail, “Kesultanan Melayu Brunei dalam Konflik Mukah pada Abad ke-19: Satu Perbandingan Antara Perspektif Sumber Barat dan Tempatan,” dalam Sosiohumanika, 2(2), 2009, hlm. 166
[2] Morris, 1991, hlm. 4
[3] S. Baring Gould dan C.A. Bampfyde, History of Sarawak Under Its Two White Rajah, 1839-1908, Singapore: Oxford University Press, 1989, hlm. 214-215
[4] L.R. Wright, “Sarawak’s Relations with Britain, 1858-1870”, Sarawak Museum Journal, Vol. XI, No. 23-24, 1964, hlm. 636


Gambar: