Jumaat, 31 Mei 2013

London Day 3: 2013

Destinasi hari ini ke Portsmouth
Naik National Coach dari Victoria Station

Bas sampai lewat di Portsmouth akibat jam. Di Portsmouth singgah di shopping mall tepi jeti, Gunwharf Quays,  Portsmouth.

Shopping tak lama dalam 3 jam setengah dan terus naik bas jam 3.30 petang balik ke London. Tangan penuh dengan plastik beg dan baju.








Khamis, 30 Mei 2013

London Day 2 2013

Selepas sarapan pagi terus ke tube station Bayswater. Bayswater --> Earl Court --> Kew Garden
Destinasi: PRO, Kew Garden. Buat apa di sini? Saja membuat rujukan di perpustakaan.




Rabu, 29 Mei 2013

London Day 1

... sambungan daripada day 3 2013, istanbul.

Mendarat di Luton Airport jam 3.15. Proses imigresen selesai dalam 30 minit. Selepas solat terus naik bas jam 4. Sampai London dalam jam 5.15. Hari hujan dan agak sejuk. Saya hanya bawa baju nipis. Sejuk sampai mulut berasap. Suhu sekitar 11 Celsius.

Di depan Luton Airport menunggu bas ke Baker St.

inilah bas yang dinaiki, easybus.


Dari Baker street terus ke Bays water dan mudah saja sampai ke Royal Bays water. Selepas itu terus keluar ke piccadily circus dan balik 9 pm. Di situ hanya nak beli baju sejuk kat White Lily.

Sebelum naik underground saya cadangkan anda pakai Oyster Card. Reloadkan saja di mesin di station dan anda boleh naik semua tube. Bagi zon 1-4 maximum bagi satu hari ialah GBP8.

Di Bayswater saya beli Lyca Mobile sim card dan singgah di Taza. Kedai Taza ni sediakan kebab halal. Rasa sangat sedap.






Bilik Hotel yang cramp.



(Catatan Dari PRO London, 11:15am)

Turki Day 3 2013: Istanbul Day 3

Pagi bangun awal jam 2.30am. Check out jam 7.30 pagi dan terus ke Taksim Square. Bas Havatas yang menuju ke Sabiha Goksen airport terletak bersebelahan Taksim Square. Jarak hotel ke stesen bas tak jauh. Cuma disebabkan permukaan jalan tak rata agak sukar juga menarik beg beroda.

Inilah dia bas Havatas.Kos TY13 seorang.


Bersiap sedia untuk ke Sabiha Goksen Airport. Jarak Sabiha Gokcen dari Istanbul dalam 1 jam perjalanan bas.



Sambil menunggu check-in singgah di Popeye.








Sampai Luton Airport sekitar Jam 3 petang dan selesai proses imigressen dalam 30 minit. Bersambung di London Day 1.


(Catatan ditulis di Taxim Point Hotel, Istanbul, jam 3.30am 29 jun 2013. Update pada 14 Jun 2013)

Selasa, 28 Mei 2013

Turki day 2 2013: Istanbul Day 2

Pagi bangun awal. Jam 8.30 dah keluar untuk ke destinasi pertama hari ni iaitu Dolmahbahce Palace.

Ini tiket masuk ke Palace. TL40 termasuk Harem seorang.




Dolmahbahce Palace










Galata Towers

Dari Taksim square ke sini agak-agak lebih 4KM. Kaki rasa nak putus. Ni ditepi jalan dihujung Istiklal Street.

Balik terus tidur sampai subuh. Kaki memang dah skit. Kepala berpinar pening.




(Catatan ditulis di Taxim Point Hotel, Istanbul, jam 3.30am 29 jun 2013)

Isnin, 27 Mei 2013

Turki Day 1 2013: Istanbul Day 1

Flight Dari Malaysia mail jam 12.30 malam. Naik menunggu penerbangan. Perjalanan ambil masa 10 jam lebih. Mendarat di Attartuk airport dan proses imigresen berjalan very slow sebab orang terlalu ramai. Anyway jumpa juga org Malaysia semasa di imigresen Turki.

Ke Metro station.

Dari Airport --> Zeytinburnu [tukar Tram bersebelahan TL3 seorang] ---> Kabatatas TL3. Kos dari Airport ke Sultanahmed atau Kabatas hanya TL6.



Balik Ekmek



Stesen keretapi tertua di Turki, Gulhane






Basilica Cistern-TL10




Ticket Kamilkoc-Tiket ini saya akan pakai pada 3 Jun untuk ke Denizli. Perjalanan ambil masa 8 jam. Saja beli awal.



Istiklal street. Berjalan di sini sebelum berlaku rusuhan.



Blue Mosque



Hagia Sophia











Bila balik hotel kaki rasa nak patah. Berjalan satu hari.

Bersambung ...

(Catatan ditulis di Taxim Point Hotel, Istanbul, jam 3.30am 29 jun 2013)