Ahad, 30 Disember 2012

Sabah 2012

Post kali ini akan memaparkan perjalanan di Sabah bermula 26 Dec - 30 Dec 2012. Perjalanan kali ni melibatkan Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Papar dan Kota Belud.

Tawau: 27 Dec 2012
Lokasi dalam peta: B (Timur Sabah)
Komen: Bandar ini kaya dengan hasil laut. Bagi yang ingin ke Pulau Sebatik, anda sesuai singgah ke ke Tawau.

 Pasar di Tawau.

 Dalam Pasar



 Sup Payau: Sekiranya anda dalam perjalanan balik di Airport Tawau singgahlah sebentar di bangunan bersebelahan airport untuk menikmati sup rusa liar. Supnya sedap. Kepada kawan yang tak sempat merasa sup payau dapat lihatpun jadilah.




Dalam airport Tawau

Semporna 27 Dec 2012

Daripada Tawau anda boleh ke semporna untuk menikmati permandangan laut yang luas. Semporna merupakan destinasi persinggahan bagi yang ingin ke pulau Sipadan dan Ligitan.





Dengar cerita kat bawah ni ada ikan duyong ...





Papar 29 Dec 2012

Hasil laut seperti ikan  bilis banyak terdapat di sini.


Tamu di Papar.

Kota Belud 30 Dec 2012

 Tamu di Kota Belud.


Kota Kinabalu 30 Dec 2012

Kota Kinabalu view daripada Bukit Bendera






Muzium Sabah





Pantai Tanjung Aru






Sabtu, 22 Disember 2012

Membuat Research

PERKONGSIAN PENGALAMAN MEMBUAT PENYELIDIKAN

Proses membuat penyelidikan bukanlah satu tugas yang mudah. Ramai pelajar yang gagal menyiapkan Disertasi atau Tesis berpunca daripada banyak sebab. Untuk artikel ini saya cuba berkongsi pengalaman pahit dan manis dalam menyiapkan tugasan Disertasi Master di Universiti Malaya. Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UM mengutamakan kualiti penyelidikan yang baik sebagai kriteria utama dalam menilai pelajar. Justeru sepanjang menyiapkan Disertasi saya cuba membuat yang terbaik sebagai hasil karya peribadi.


Pada peringkat awal saya cuba menghantar tajuk yang digunakan semasa interview biasiswa tetapi komen daripada Professor yang berpengalaman membawa saya untuk merenung kembali tajuk yang dipilih dirasakan terlalu besar untuk disiapkan dalam masa setahun. Selepas memikir pro dan kontra dalam menukar tajuk saya beranikan diri untuk submit tajuk baru yang agak kontroversi sebagai tajuk Disertasi.

Penyelia tiada halangan tetapi masalah utama membuat tajuk ini ialah akses kepada bahan-bahan yang sangat sukar. Akhirnya selepas membuat penelitian jumlah sumber dan lokasi sumber saya meneruskan projek tersebut dengan perasaan 50% sahaja mampu disiapkan. Apabila projek bermula dan tajuk telah diluluskan seperti yang saya jangka masalah akses bahan begitu kritikal. Malah bahan utama yang saya pakai tidak berada di Malaysia tetapi nun jauh di kota London, UK. Jadi apa yang saya perlu lakukan?  Saya tak pernah ke London. Malah London bukannya kota kecil.

Akhirnya saya beranikan diri untuk meneruskan hajat ke Public Record Office (PRO), London untuk mencari bahan bagi menyiapkan disertasi Masters. Sebelum pergi saya bertanya dengan Penyelia dan beberapa orang Pensyarah bagi mendapatkan maklumat. Di samping itu saya mula berjinak-jinak membaca pengalaman orang bercuti di london melalui Blog. Selepas meneroka internet saya bertambah yakin yang saya mampu untuk ke sana.

Selepas 7 bulan tempahan tiket penerbangsan akhirnya saya terbang selama 14 jam dari Kuala Lumpur ke London semata-mata untuk mencari bahan untuk menyiapkan Disertasi.

Persediaan

Sebagai persediaan ke London selain daripada membaca pengalaman orang lain di blog saya juga mengambil inisiatif lain:

Membuat bacaan tambahan tentang tajuk yang dibuat dan melihat kembali rujukan yang digunakan untuk dicari dan diteliti semula. Untu tujuan ini saya menyenaraikan semua primary source yang digunakan untuk saya buka semula dokumen tersebut.

Disebabkan lokasi Kew Garden berada agak jauh daripada pusat bandar London saya cuba mencari hostel yang berada tidak jauh daripada PRO. Malangnya kebanyakan Hostel di sini agak mahal disebabkan kawasan Kew Garden bersebelahan dengan kawasan perumahan golongan elit. Akhirnya saya bertemu juga dengan penginapan yang sederhana dari segi kosnya iaitu sekitar GBP32 semalam di Turham Green. Dari Turnham Green saya naik bas ke Kew Garden. Kos bas hanya GBP1.20.

Perkara ketiga yang lihat ialah jadual bekerja (working hours) di PRO. Ahad dan Isnin tutup. Waktu tutup berselang seli jam 5 petang ataupun jam 7 malam. Sekiranya tutup jam 5 petang saya ambil kesempatan untuk berjalan di London selepas jam 5 petang. Selepas penat membaca seharian saya berjalan ke tempat-tempat menarik yang banyak di London. Pada hujung minggu saya membuat perancangan untuk ke Istanbul disebabkan Akrib tutup 2 hari. Perjalanan ke Istanbul merupakan impian dalam hidup saya untuk melihat tapak sejarah yang sangat berharga.

Kos. Kalau ke London perbezaan matawang menyebabkan semuanya mahal. Untuk pengangkutan saya cuba menggunakan Oyster Card. Perjalanan dalam zon 1-4 maksimum hanya dipotong GBP8 sehari. Ini sesuatu yang sangat menjimatkan untuk saya. Malah sistem pengangkutan di London sangat efisyen.
Makanan. Harga makanan sekitar GBP6-10. Makanan Halal banyak di London dan tidaklah susah sangat untuk mencarinya. Banyak mini supermarket yang menawarkan harga makanan yang berpatutan misalnya buy 2 free 1.

Kuching
Proses mencari bahan di Malaysia juga kurang menyeronokkan disebabkan banyak bahan tidak di dokumenkan dengan baik. Tanpa dokumentasi bahan adalah sangat sukar untuk mencari bahan yang relevan. Malah dalam banyak hal dokumen tidak boleh diakses disebabkan pelbagai alasan. Kalau yang rasmi saya masih boleh terima.

Ini masa tengah hujan dalam perjalanan balik dari Arkib Negara Cawangan Kuching. Hujan sangat lebat.



Singapura

National Archive London